Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Harta Benda yang Tercela dan Terpuji
Halaman Rujukan Kitab : 345
Nota Mudarasah:
Harta Benda yang Tercela dan Terpuji
Harta pada zatnya tidaklah tercela. Ia tercela kerana faktor luar yang datang dari manusia sama ada kerana sifat tamaknya, mendapatkannya secara haram, menahannya dari yang berhak, membelanjakannya secara tidak betul ataupun berbangga-bangga dengannya. Justeru, Allah Taala berfirman:

Terdapat dalam sunan at-Tirmizi bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Ketamakan seseorang kepada harta dan kemegahan terhadap agamanya adalah lebih membawa kerosakan dari melepaskan dua ekor serigala yang lapar ke dalam kandang kambing.⁴⁵³
453 Riwayat at-Tirmizi (2482), Ahmad (3/456), Ibnu Mubarak dalam kitab az Zuhd (181- az-Zawaid karangan Naim Ibnu Hamad), ad-Darimi (2733), Ibnu Hibban (2472) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (19/190) daripada Kaab bin Malik dan sanadnya sahih. Terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah dan Ibnu Umar r.a. dalam bab ini. Al-Hafiz Ibnu Rajab Hambali mempunyai risalah yang dicetak dalam menerangkan hadis ini.
Ulamak salaf amat bimbang terhadap fitnah harta. Apabila Saidina Umar r.a. melihat kemenangan Islam, beliau menangis dan berkata: Allah tidak memberi kemenangan ini kepada Nabi s.a.w. dan Abu Bakar bukanlah menandakan keburukan kepada keduanya dan kemenangan yang Allah berikan kepada Umar bukanlah menandakan kebaikan untuk Umar.
Yahya bin Muaz berkata: Dirham (duit) ibarat kala jengking. Sekiranya kamu tidak mengetahui penawarnya, kamu jangan memegangnya kerana sengatnya berbisa dan boleh membunuhmu. Ditanya: Apakah dia penawarnya? Jawabnya: Ambillah secara halal dan letakkan ditempat yang sepatutnya.
Yahya berkata lagi: Ketika seseorang hamba itu mati, dia akan ditimpa dua musibah yang berkait dengan harta di mana semua makhluk tidak pernah mendengar seumpamanya. Ditanya: Apakah kedua musibah itu? Dia menjawab: Semua hartanya akan diambil kembali dan kesemuanya akan dipersoalkan satu persatu.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment