Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Harta yang Terpuji
Halaman Rujukan Kitab : 346
Nota Mudarasah:
Harta yang Terpuji
Kami telah jelaskan bahawa harta pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Bahkan ia mungkin menjadi satu perkara yang terpuji kerana menjadi sebab untuk mencapai kemaslahatan agama dan dunia. Allah juga telah menamakannya sebagai satu kebaikan kerana ia menjadi asas untuk meneruskan pembangunan hidup manusia. Allah Taala berfirman pada permulaan surah an-Nisa':

Said bin Musayyib r.hm. berkata: Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mahu mengumpul harta secara halal bagi tujuan mencukupkannya dari meminta-minta kepada manusia lain, menghubungkan silaturrahim dan memberikannya kepada sesiapa yang berhak.
Abu Ishak as-Sabii'e berkata: Mereka berpendapat kesenangan itu sebagai satu bentuk pertolongan kepada agama.
Sufyan pula berkata: Harta di zaman kita ini merupakan senjata kepada orang mukmin.
Kesimpulannya, harta umpama ular yang mempunyai racun dan juga penawar. Penawarnya ialah faedah yang diperolehi darinya sedangkan racun pula ialah gelora dan tipudayanya. Orang yang mengetahui faedah dan juga tipudaya harta ini, dia akan dapat memelihara diri dari kejahatannya dan menambahkan kebaikannya.
Faedahnya terbahagi kepada faedah dunia dan agama. Faedah dunia dari harta benda ialah sepertimana yang telah dimaklumi oleh semua. Oleh kerana itu mereka sanggup bertindak ganas antara satu sama lain untuk mendapatkannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment