Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Harta yang Terpuji
Sub Tajuk: Faedah Keagamaan
Halaman Rujukan Kitab : 347
Nota Mudarasah:
Faedah keagamaan pula ialah terbahagi kepada tiga jenis:
i. Berbelanja untuk diri sendiri sama ada dalam bentuk ibadat seperti menunaikan haji dan berjihad atau untuk memudah kannya dalam melakukan ibadat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan hidup. Sekiranya semua keperluan ini tiada, hati tidak dapat ditumpukan kepada gerak kerja agama dan ibadat. Sekiranya sesuatu ibadat tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan adanya sesuatu perkara yang lain, maka perkara itu juga dianggap sebagai ibadat. Oleh itu mengambil kesenangan dunia dengan kadar yang mencukupi untuk membantu agamanya adalah juga faedah harta dari sudut agama. Namun begitu tidak termasuk dalam ertikata faedah di sini, perkara yang diambil secara berlebihan dari keperluannya dan bertujuan untuk berseronok dengannya kerana ia merupakan aspek duniawi semata-mata.
ii. Harta yang diberikan kepada manusia lain. Ia mempunyai empat bahagian:
a) Sedekah. Kelebihan bersedekah adalah banyak dan mashyur.
b) Pemberian kerana maruah. Maksudnya pemberian kepada orang kaya dan kenamaan yang bertamu sebagai hadiah, bantuan dan seumpamanya. Ini juga termasuk di antara faedah harta dalam hal agama kerana dengannya seseorang memperolehi ramai kenalan dan kawan.
c) Menjaga maruah diri, seperti memberi harta untuk menutup mulut penyair yang mengutuknya, menghentikan kata-kata orang yang bodoh, mematahkan hujah mereka serta untuk menghalang kejahatan yang mereka lakukan. Ini juga mempunyai faedah dalam ajaran Islam.
Nabi s.a.w. telah bersabda:
Apa yang digunakan oleh seseorang untuk menyelamatkan maruah dirinya adalah dianggap sedekah.¹
1 Riwayat Abu Ya'la (2040) daripada Jabir r.a.. Al-Haithami meriwayatkannya dalam kitab al-Majma' (3/136) dengan menyatakan: Pada sanadnya terdapat Musawwir bin as-Silah, seorang perawi yang daif. Al-Hafiz meriwayatkannya dalam kitab al-Fath (10/447) dan sandarannya ditambah kepada al-Hakim dan ad-Daruqutni.
Ini kerana, dengan pemberian tersbut in boleh menghalang orang yang ingin mengumpat dari dosa mengumpat ata menghindari percakapan yang boleh membawa kepada perbalahan, dendam dan melampaui batas syarak.
d) Pemberian sebagai upah khidmat yang diberikan. Kerja kerja yang memerlukan banyak perkara untuk dilakukan. sekiranya dilakukan sendiri pasti masanya akan banyak terbuang. Ini menjadikan dia terlalu sibuk dan sukar untuk meluangkan masa bagi melakukan amalan yang lebih penting bagi seorang yang ingin mendidik jiwanya iaitu berfikir dan berzikir. Orang yang tidak berharta tentu terpaksa melakukannya sendiri. Perkara yang boleh diusahakan oleh orang lain dan dengannya maruah kamu akan terjaga, adalah menjadi satu kerugian jika kamu usahakannya sendiri. Ini kerana kamu lebih perlu menumpukan perhatian kepada pekerjaan yang tidak mampu diusahakan oleh orang lain iaitu mencari ilmu, beramal, berzikir dan berfikir.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment