Wednesday, 18 August 2021

SIRI 87 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Harta yang Terpuji

Sub Tajuk: Faedah Keagamaan

Halaman Rujukan Kitab : 348

Nota Mudarasah:

iii. Pemberian am iaitu tidak kepada individu tertentu. Hasilnya akan memberikan kebaikan kepada umum seperti membina masjid, jambatan dan harta wakaf yang kekal. Ini semua adalah harta yang berfaedah dalam konteks agama di samping sifat-sifat segera yang diperolehi seperti bebasnya dia dari sifat meminta-minta dan kehinaan kefakiran. Dia juga akan dimuliakan kerana hatinya penuh dengan sifat yang mulia dan dihormati.

Manakala bencana dan keburukan harta juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu agama dan dunia. Keburukan dalam agama terbahagi kepada tiga jenis:

a) Harta benda yang pada kebiasaannya akan menjerumus manusia ke arah maksiat. Siapa yang merasa berkemampuan untuk membuat maksiat, segala dorongannya akan menuju ke arah melakukan maksiat tersebut. Harta adalah salah satu bentuk kemampuan yang boleh menggerakkan seseorang ke arah maksiat. Apabila manusia berputus asa dari melakukan maksiat (kerana tidak berharta), tentu hatinya tidak terdorong untuk melakukannya. Jalan yang selamat ialah tidak berharta. Sekiranya orang yang berkemampuan mengikut telunjuk hawa nafsunya, dia pasti akan musnah Jika dia bersabar, dia akan menerima tentangan yang hebat kerana terpaksa bersabar sedangkan dia mampu melaksanakan kemahuannya. Ujian semasa senang adalah lebih sukar dari ujian semasa susah.

b) Harta benda yang boleh mendorong hati untuk berseronok dengan perkara-perkara yang diharuskan, sehingga in menjadi adat kebiasaannya di mana dia tidak dapat menahan diri dari melakukannya. Boleh jadi akan sampai ke satu tahap dia tidak dapat lagi melakukannya kecuali dengan mencari pendapatan yang berbentuk syubhat. Ketika itu dia akan menjerumuskan dirinya ke dalam perkara syubhat. Di samping itu dia juga akan diresapi dengan penyakit mengampu dan munafik. Ini kerana siapa yang banyak hartanya pasti akan bergaul dan berdampingan dengan orang ramai dan apabila berdampingan sebegini, tentu dia tidak akan terlepas dari sikap hipokrit, permusuhan, hasad dan mengumpat. Kesemua ini disebabkan dorongan dan hajatnya untuk menambahkan harta dan kekayaannya.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment