Thursday, 19 August 2021

SIRI 88 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Harta yang Terpuji

Sub Tajuk: Faedah Keagamaan

Halaman Rujukan Kitab : 349

Nota Mudarasah:

c) Keburukan yang melibatkan semua manusia iaitu harta benda yang mungkin akan melalaikannya dari mengingati Allah. Inilah penyakit yang parah. Tunjang kepada seluruh ibadat ialah mengingati Allah, memikirkan kebesaran dan keagungan-Nya. Ia tidak dapat dilakukan kecuali dengan hati yang lapang.

Pengusaha ladang akan menghabiskan masanya pada waktu pagi dan petang dengan memikirkan hal perbalahan antara peladang, penilaian prestasi kerja mereka dan pengkhianatan yang mereka lakukan. Dia juga akan berfikir berkenaan saingan sekutu sekutunya dalam hal sempadan ladang dan juga punca air. Dia juga akan sibuk memikirkan petugas-petugas kerajaan yang datang untuk mengutip cukai dan sewa tanah ataupun denda kerana cuai dalam memakmurkan tanah tersebut. Begitulah seterusnya.

Ahli perniagaan pula sentiasa berfikir pagi dan petang berkenaan pengkhianatan dan kecuaian rakan kongsinya serta yang menghilangkan harta bendanya. Begitulah juga pada harta-harta yang lain, sehingga pemilik harta yang mengumpul dan menyimpan hartanya akan sentiasa berfikir bagaimana cara untuk menings hartanya dan bimbang terhadapnya. Mereka yang sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, akan terselamat dari semua bencana itu. Ini berlainan dengan bencana yang menimpa pemilik harta di mana mereka sentiasa bimbang, sedih, gelisah, panik dan letih. Oleh itu penawar bagi harta ialah mengambilnya sekadar mencukupi. Selebihnya hendaklah diberikan sebagai sedekah untuk amal kebajikan. Selain dari itu, semuanya adalah racun dan bencana yang akan merosakkan dirinya sendiri.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment