Friday, 20 August 2021

SIRI 89 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Sifat Rakus Dan Tamak Yang Tercela Serta Sifat Al-Qanaah Yang Terpuji

Tajuk Mudarasah: Qanaah

Halaman Rujukan Kitab : 350

Nota Mudarasah:

Sifat Rakus dan Tamak yang Tercela serta Sifat Al-Qanaah yang Terpuji

Miskin adalah sifat terpuji apabila si miskin berpada dan reda dengan kemisikinannya itu (qana'ah), tidak mempunyai perasaan tamak terhadap harta orang lain, tidak memandang apa yang mereka miliki dan tidak gelojoh untuk mencari harta tanpa menghiraukan apa cara sekalipun. Dia tidak akan dapat melakukannya kecuali berpada dengan makanan dan pakaian sekadar yang diperlukan.

Diriwayatkan dalam sahih Muslim daripada Abdullah bin Amru Ibnu al-'As r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

455 Riwayat Muslim (1054) dan at-Tirmizi (2349)

Nabi Sulaiman bin Daud a.s. berkata:
Kami telah merasai pelbagai gaya kehidupan sama ada yang senang mahupun yang susah lalu kami dapati bahawa kehidupan yang berpada dengan kadar minima sudah mencukupi.

Dalam hadis Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sifat Qana'ah adalah harta yang tidak akan habis.⁴⁴⁵
445 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Ausot (496-Majma' Bahrain), Abu Syeikh dalam kitab al-Amthal (83) dan al-Baihaqi dalam az-Zuhd (m/s 26). Pada sanadnya terdapat dua perawi yang daif. Lihat kitab Musnad as-Syihab (63) dan ulasan berkenaannya.

Abu Hazim pula berkata: Tiga ciri, sesiapa yang memilikinya bermakna sempurna akalnya iaitu orang yang mengenali dirinya, menjaga lidahnya dan berpada dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Sebahagian cendekiawan sering menyebut: Kamu adalah pemilik mahkota kemuliaan selagi mana kamu bersikap berpada (dengan apa yang dimiliki).

Sifat gelojoh dan rakus adalah dilarang oleh Nabi s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Perelokkanlah cara pencarian rezekimu, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu hanya akan memperolehi apa yang telah ditentukan oleh Allah Taala kepadanya.⁴⁵⁷
457 Riwayat al-Hakim (2/4), al-Baihaqi (5/264, 265), Abu Naim dalam kitab al Hilyah (3/156), (7/158) dan al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (1152) daripada Jabir r.a. dengan sanad yang sahih. Pada sanadnya terdapat Abu Umamah, Huzaifah dan Ibnu Mas'ud r.a..

Nabi s.a.w. juga melarang dari sifat tamak dengan bersabda:

458 Riwayat Ibnu Majah (4171), Ahmad (5/412) dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (1/462) daripada Abu Ayub r.a.. Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui (majhul). Hadis ini mempunyai riwayat lain yang menyokongnya seperti riwayat daripada Ibnu Umar r.a. sebagaimana disebutkan oleh Diya' al-Makdisi dalam kitab al-Mukhtarah dan juga riwayat daripada Saad bin Abi Waqas r.a. sebagaimana dalam riwayat al-Hakim (4/326). Oleh itu al-Albani memutuskan bahawa hadis ini sahih seperti yang termaktub dalam kitab Silsilah al-Ahadis as-Sahihah (401).

Sebahagian ulamak salaf berkata: Sekiranya ditanya kepada sifat tamak: Siapakah ayahmu (punca kelahiranmu)? Tentu dia akan menjawab: Perasaan syak (tidak berpuas hati) terhadap apa yang telah ditentukan. Jika ditanya lagi: Apakah pekerjaanmu? Dia akan menjawab: Mencari kehinaan. Jika ditanya lagi: Apakah matlamat (kesudahanmu)? Dia akan menjawab: Terhalang dari mendapat apa-apa kebaikan.

Sebahagian yang lain berkata: Tamak boleh menyebabkan seorang pemimpin menjadi hina, manakala berpada pula boleh menyebabkan seorang fakir menjadi mulia.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment