Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Cara Mengatasi Penyakit Rakus dan Tamak serta Penawar untuk Memiliki Sifat Berpada
Halaman Rujukan Kitab : 352
Nota Mudarasah:
Cara Mengatasi Penyakit Rakus dan Tamak serta Penawar untuk Memiliki Sifat Berpada
Penawar ini terdiri dari adunan tiga rukun utama iaitu sabar, ilmu dan amal. Kesemuanya terkandung dalam lima perkara:
Pertama:
Kehidupan berekonomi dan berbelanja secara berhemah. Siapa yang mahu bersifat qana'ah, dia hendaklah berusaha sedaya upaya menghalang dirinya dari mendekati pintu-pintu keluar yang banyak untuk mendapatkan rezeki dan mendidik dirinya agar hanya cenderung mendapatkan kadar yang diperlukannya sahaja. Justeru, dia hendaklah reda dengan apa sahaja makanan yang ada, lauk yang sedikit, baju satu helai dan seterusnya komitmen dengannya. Sekiranya dia mempunyai tanggungan, dia hendaklah menaksirkan kadar yang seumpama itu kepada mereka.
Nabi s.a.w. bersabda⁴⁵⁹:
459 Riwayat Ahmad (4269), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (10118), Abu as Syeikh dalam kitab al-Amthal (85) dan al-Qudo'ie dalam kitab Musnad as-Syihab (769). Pada sanadnya terdapat Ibrahim al-Hajari, seorang perawi yang daif.

460 Oleh itu dia sentiasa merasa cukup dan tidak perlu meminta-minta-pent.
Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Mentadbir perbelanjaan adalah separuh dari kehidupan.⁴⁶¹
461 Riwayat al-Qudo'ie dalam kitab Musnad as-Syihab (32) dengan sanad yang daif.
Dalam satu hadis⁴⁶² lain menyebut yang bermaksud:
462 Riwayat al-Bazzar (81), al-'Aqili (3/447), al-Qudo `ie dalam kitab Musnad as-Syihab (325) dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (2/343) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat al-Fadhl bin Bakar yang tidak dikenali. At-Tobrani meriwayatkan dalam kitab al-Ausot (15-Majma'ul Bahrain) dari sanad yang lain daripada Anas dan Ibnu Umar r.a.. Al-Haithami menyatakan dalam kitab al-Majma' (1/91): Pada sanadnya terdapat Ibnu Luhai'ah dan seorang perawi yang tidak dikenali. Al-Bazzar (80) dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (6/268) meriwayatkannya melalui sanad yang lain daripada Anas r.a.. Al-Haithami dalam kitab al-Majma' (1/91) telah berkata: Pada sanadnya terdapat Zaidah bin Abu Rikad dan Ziad an-Namiri. Kedua-duanya disanggahi dari segi kekuatan berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan mereka. Abu Naim (3/219) dan al-Bazzar (82) meriwayatkan secara ringkasan daripada Ibnu Abbas r.a.. Hadis ini adalah hadis hasan sebagaimana yang diputuskan oleh al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadis as-Sahihah (1802).
Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu bertaqwa kepada Allah sama ada secara rahsia (ketika berseorangan) atau terang-terangan (khalayak ramai), bersederhana ketika kaya atau miskin dan bersikap adil ketika reda atau marah.
Kedua:
Apabila rezekinya kini sudah mencukupinya, dia tidak perlu bimbang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Membebaskan diri dari panjang angan-angan boleh membantunya dalam perkara ini, di samping meyakini bahawa rezekinya pasti akan datang dan syaitan itu hanya menjanjikan kefakiran buatnya.
Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Ruh al-Qudus (Jibril) telah menghembuskan dalam hatiku bahawa setiap orang tidak akan mati sehinggalah disempurnakan segala rezeki dan ajalnya. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan perelokkanlah cara pencarian rezeki kamu. Janganlah kerana lambat beroleh rezeki, kamu mendapatkannya dengan cara membuat maksiat kepada Allah s.w.t., kerana rezeki (yang sebenar) di sisi Allah tidak boleh dicapai melainkan dengan mentaati-Nya.⁴⁶³
463 Riwayat al-Hakim (2/4) dan al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (1151) dengan lafaz ini. Komentar mengenainya telah disebut dalam hadis Jabir r.a. yang lalu dan ia adalah hadis sahih
Apabila sesuatu punca rezeki tertutup untuknya, hatinya tidak perlu gelisah kerana dalam satu hadis ada dinyatakan:
Allah tidak akan memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang beriman kecuali melalui jalan yang tidak diduga olehnya.⁴⁶⁴
464 Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin (1/147) dan al-Qudo ie dalam kitab Musnad as-Syihab (585) daripada Ali. Terdapat sanad-sanad yang lain sebagaimana disebut oleh as-Suyuti dalam kitab al-Laaliu al Masnu'ah (2/70-72). Semua sanadnya adalah sangat lemah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment