Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Cara Mengatasi Penyakit Rakus dan Tamak serta Penawar untuk Memiliki Sifat Berpada
Halaman Rujukan Kitab : 354
Nota Mudarasah:
Ketiga:
Mengetahui bahawa sikap berpada akan memberikan kemuliaan kepadanya kerana ia menjadikannya sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta. Manakala sikap tamak haloba dan rakus pula akan menyebabkan dia menjadi hina. Erti berpada ialah sabar dari mengambil perkara syubhat dan lebihan yang tidak diperlukan, di samping mendapat pahala yang besar di akhirat nanti. Sesiapa yang mengutamakan keinginan nafsunya lebih daripada kemuliaan dirinya, itu bererti akalnya dangkal dan imannya lemah.
Keempat:
Hendaklah dia banyak berfikir mengenai kemewahan yang ada pada golongan yahudi, nasrani, orang yang hina-dina dan bodoh. Kemudian dia membandingkan pula dengan kehidupan para Nabi, wali dan orang yang soleh, mendengar ucapan dan meneliti keadaan mereka yang sebenar. Setelah itu dia hendaklah memilih sama ada hendak bersama dengan orang yang hina-dina di dunia atau bersama golongan terpilih di kalangan makhluk Allah Taala. Perbandingan ini akan mendatangkan rasa sabar dan berpada dengan rezeki yang sedikit. Sekiranya dia hanya menginginkan nikmat makan sahaja, ketahuilah bahawa binatang ternak lebih banyak makan darinya. Begitu juga kalau dia hanya mengingini nikmat bersetubuh sahaja, ketahuilah bahawa dalam hal ini burung-burung kecil lebih kerap mengawan (bersetubuh) berbanding dirinya.
Kelima:
Memahami bahawa mengumpul harta⁴⁶⁹ yang banyak akan membahayakan diri sendiri sebagaimana disebut dalam tajuk keburukan harta. Dia hendaklah melihat kepada ganjaran orang fakir. Lebih menyempurnakan apabila dia sentiasa melihat orang yang lebih bawah daripadanya dalam hal dunia dan orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal akhirat. Inilah yang disebutkan dalam satu hadis riwayat Muslim bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
469 Seperti dalam bab mencari harta dahulu.
Lihatlah orang yang lebih bawah darimu dan jangan kamu melihat orang yang lebih atas darimu kerana dengannya kamu tidak memandang hina terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepadamu.⁴⁷⁰
470 Riwayat Muslim (2963) dan at-Tirmizi (2515) daripada Abu Hurairah r.a..
Tunjang segalanya ialah bersabar dan pendek angan-angan. Dia juga hendaklah menyedari bahawa kesabarannya di dunia hanyalah untuk tempoh masa yang amat pendek bagi menikmati kebahagiaan selama-lamanya. Keadaannya seperti orang sakit yang sabar dengan ubat yang pahit kerana mengharapkan penyakitnya sembuh.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment