Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Wajib Berpada Bagi Orang Yang Tidak Berharta
Halaman Rujukan Kitab : 355
Nota Mudarasah:
Wajib Berpada Bagi Orang yang Tidak Berharta
Sepatutnya orang yang tiada harta bersifat qana'ah dan orang yang berharta pula bersifat pemurah, tidak mementingkan diri sendiri serta melakukan amal kebajikan. Ini kerana sifat pemurah adalah sifat para Nabi a.s. yang merupakan asas untuk mendapat kejayaan.
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda⁴⁷¹ yang bermaksud:
471 Al-Iraqi berkata dalam kitab al-Mughni (3/243) dan az-Zubaidi menaqalkan darinya dengan ulasan yang lebih sempurna dalam kitab Syarah Al-Ihya' (8/171) di mana katanya: Hadis riwayat ad-Daruqutni dalam kitab al Mustajad tanpa lafaz (....dan berakhlak baik) dengan sanad yang daif. Antara sanadnya ialah Ibnu Jauzi dalam kitab al-Maudhu'at, di mana disebut penambahan ini oleh Ibnu Adiy melalui riwayat Baqiyyah daripada Yusuf bin as-Safar daripada Auza'ie daripada az-Zuhri daripada Urwah daripada Aisyah r.ha. Namun, Yusuf adalah seorang perawi yang daif. Aku (pentahqiq) berkata: Baqiyyah adalah seorang yang tidak dipercayai sumber hadisnya.
Jibril a.s. berkata: Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud: Islam adalah agama yang Aku redai untuk diri-Ku dan tidak ada perkara yang memperelokkan Islam melainkan sifat pemurah dan berakhlak baik. Oleh itu, muliakanlah Islam ini dengan kedua-dua sifat tersebut selagi mana kamu berdampingan dengannya.
Dalam hadis yang lain, Ibnu Abbas r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Jangan kamu hiraukan kesalahan orang yang pemurah kerana Allah Taala akan menyelamatkannya setiap kali dia tersandung jatuh.⁴⁷²
472 Riwayat Abu Naim (10/4), al-Khatib (8/334) dan al-Qudhoie dalam kitab Musnad as-Syihab (726). Pada sanadnya terdapat Laith bin Abu Salim, seorang perawi yang daif. Terdapat juga riwayat lain yang menyokongnya iaitu daripada Ibnu Mas'ud r.a. tetapi sanadnya terlalu lemah.
Dalam hadis lain menyebut yang bermaksud:
Syurga adalah tempat bagi orang yang pemurah dan para wali Allah hanya ditanam dengan sifat pemurah.⁴⁷³
473 Riwayat Ibnu Adiy (1/190), al-Qudo ie dalam kitab Musnad as-Syihab (117) daripada Aisyah r.ha.. Ibnu Jauzi menyatakan dalam kitab al-Maudhu'at (2/185): Ia adalah hadis mauduk (palsu). Lihat kitab al-Laaliul Masnu'ah (2/96), kitab al-Mizan (1/116) dan ad-Durrul Multaqat (no 4).
Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya wali-wali di kalangan umatku memasuki syurga bukan kerana ibadat dan puasa (yang banyak) tetapi mereka memasukinya kerana berjiwa pemurah, berlapang dada dan sentiasa memberi nasihat kepada orang Islam.⁴⁷⁴
474 Al-Iraqi menyatakan dalam kitab al-Mughni (3/245): Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Daruqutni dalam kitab al-Mustajad dan Abu Bakar bin Lal dalam kitab Makarimul Akhlak daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Abdul Aziz bin Mubarak ad-Dainuri di mana Ibnu 'Adi telah mengemukakan banyak hadis mungkar yang diriwayatkan oleh Muhammad ini. Dalam kitab al-Mizan ada menyebut: Ia adalah hadis daif dan mungkar. Al-Kharaiti meriwayatkannya dalam kitab Makarimul Akhlak daripada hadis Abu Said yang hampir sama dengan hadis ini tetapi pada sanadnya terdapat Soleh al-Murri yang dipertikaikan kedudukan dirinya.
Dalam hadis lain menyebut maksudnya:
Hendaklah kamu melaksanakan perkara makruf (melakukan kebaikan) kerana ia dapat menghalang daripada kesudahan yang buruk (suul khatimah).⁴⁷⁵
475 Ibnu Abu Dunia meriwayatkan dengan menggunakan lafaz ini dalam kitab Qada'ul Hawaij (3) dan Abdullah Al-Razi dalam kitab al-Masyikhah (1168). Pada sanadnya terdapat Juwaibir al-Dohhak yang dipulaukan riwayatnya (matruk). Namun begitu hadis ini mempunyai sanad lain dan banyak saksi yang menguatkannya. Lihat huraian terperinci mengenainya dalam kitab as-Silsilatus Sahihah (1908) dan Irwa`ul Gholil (885).
Ibnu Sammak berkata: Aku berasa hairan terhadap orang yang sanggup membeli hamba dengan menggunakan hartanya, tetapi tidak sanggup membeli orang yang merdeka dengan budi baiknya!!!.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment