Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Sebahagian Kisah Orang yang Pemurah
Halaman Rujukan Kitab : 358
Nota Mudarasah:
Abdullah bin Amir telah membeli rumah Khalid bin Uqbah yang terletak di kawasan pasar dengan harga sembilan puluh ribu dirham. Apabila tiba waktu malam, beliau mendengar tangisan ahli keluarga Khalid. Beliau pun bertanya kepada ahli keluarganya: Kenapa mereka menangis? Mereka menjawab: Mereka menangis. kerana kehilangan rumah mereka. Lalu Abdullah bin Amir berkata: Wahai ghulam (budak khadam), pergilah kamu kepada mereka dan beritahu mereka bahawa rumah dan duit yang aku bayar itu kesemuanya aku serahkan kepada mereka.
Seorang lelaki menghantar surat kepada Abdullah bin Amir di mana katanya: Aku telah diberitahu berkenaan khasiat susu lembu.. Kalau tidak keberatan, hantarkanlah seekor lembu kepadaku untuk aku perah dan minum susunya. Lalu Abdullah menghantar 700 ekor lembu bersama pengembalanya sekali dan berkata: Kampung tempat pelihara lembu lembu ini kesemuanya menjadi milikmu.
Ali bin Hasan telah menziarahi Muhammad bin Usamah bin Zaid yang sedang sakit, Tiba-tiba Muhammad menangis di depannya. Ali bertanya: Apa sebab kamu menangis? Dia menjawab: Aku mempunyai hutang. Ali bertanya lagi: Berapa banyak hutangmu? Dia menjawab: Lima belas ribu dinar atau beberapa belas ribu dinar. Ali berkata: Hutangmu itu kini menjadi tanggunganku.
Seorang lelaki datang menemui Ma'an, lalu meminta sedekah darinya. Beliau pun memanggil khadamnya dengan berkata: Wahai ghulam, ambillah untaku yang itu (dengan menyebut nama untanya) dan duit seribu dinar. Lalu Ma'an memberikan kepada lelaki tersebut sedangkan dia tidak pun mengenalinya.
Diceritakan daripada Ma'an bahawa ada seorang penyair telah menunggu di muka pintu rumah beliau beberapa lama untuk menemuinya tetapi beliau (Ma'an) masih belum bersedia untuk menemuinya kerana terlalu sibuk. Penyair itu berpesan kepada khadam Ma'an: Beritahu kepadaku jika gabenor Ma'an masuk ke taman. Apabila gabenor Ma'an memasuki taman rumahnya. khadamnya pun memberitahu kepada penyair tersebut. Penyair itu terus menulis satu rangkap syair di atas sekeping kayu lalu dia meletakkannya ke dalam kolam yang membawanya masuk ke dalam taman rumah Ma'an. Apabila Ma'an ternampak kayu tersebut.
Lantas dia mengambilnya dan mendapati ada tertulis serangkap syair seperti berikut:
Wahai 'sifat pemurah' Ma'an, beritahulah kepada Ma'an segala keperluanku Tiada lagi yang boleh membantuku untuk berdepan dengan Ma'an selain darimu.
Ma'an berkata: Siapakah yang menulis syair ini? Apabila lelaki (penyair) tersebut dipanggil masuk, Ma'an berkata kepadanya: Apakah yang kamu ucapkan? Lalu lelaki tersebut membaca syairnya di hadapan Ma'an. Setelah itu beliau berkata: Berikanlah kepada lelaki ini sepuluh uncang duit⁴⁷⁹ dan lelaki itu mengambilnya. Gabenor itupun menyimpan kayu tersebut di bawah hamparan duduknya. Pada hari kedua, Ma'an mengeluarkan kayu tersebut dan membacanya kembali. Setelah dibacanya, dia lantas memanggil kembali lelaki tersebut lalu memberikannya seratus ribu dirham lagi. Apabila lelaki itu mengambil wang tadi, dia merasa bimbang untuk datang semula kerana takut kalau-kalau Ma'an berubah hati dan meminta balik duitnya itu. Lekas lekas lelaki itu keluar. Pada hari ketiganya, Ma'an membaca lagi syair yang tertera atas kayu tersebut. Setelah membacanya dia memanggil lelaki itu sekali lagi, namun lelaki itu tidak ditemui lagi. Lalu Ma'an berkata: Adalah menjadi tanggungjawab ke atasku untuk memberikan kepadanya sehingga tidak ada apa lagi yang tinggal dalam gedung hartaku walaupun satu dirham atau dinar.
479 Karung duit yang berisi sama ada seribu atau sepuluh ribu dirham.
Qais bin Saad bin Ubadah telah jatuh sakit lalu beliau bertanya kenapa sahabat handainya belum datang untuk menziarahinya. Dikatakan kepadanya: Mereka itu malu untuk datang kerana mereka berhutang denganmu. Lalu Qais berkata: Celakalah harta yang saudara-saudaraku terhalang dari menziarahiku. Kemudian dia memanggil seseorang untuk menghebahkan bahawa sesiapa yang berhutang dengan Qais, hutangnya telah dihalalkan. Pada petang hari itu juga, tangga rumahnya roboh akibat terlalu ramai orang yang datang menziarahinya.
Seorang lelaki datang meminta daripada Said bin al-'As lalu beliau berikan kepadanya seratus ribu dirham. Dengan tidak semena-mena lelaki itu menangis. Said berkata: Kenapa menangis? Dia berkata: Aku menangis kerana bumi tidak sepatutnya memakan tubuh yang mulia sepertimu. Mendengarkannya, Said menambah seratus ribu dirham lagi kepadanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment