Thursday, 26 August 2021

SIRI 95 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Sifat Bakhil Yang Tercela

Halaman Rujukan Kitab : 360

Nota Mudarasah:

Sifat Bakhil yang Tercela

Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

480 Riwayat at-Tirmizi (2028), al-Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad (282), Abdun bin Hamid dalam kitab al-Muntakhob Minal Musnad (995), Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (2/289) dan al-Qudo`ie dalam kitab Musnad as-Syihab (319) daripada Abu Said al-Khudri r.a.. Pada sanadnya terdapat Sadakah bin Musa ad-Daqiqi dan beliau seorang perawi yang daif.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

481 Riwayat an-Nasaie (6/12) daripada Abu Hurairah r.a. Hadis sahih.

Dalam satu riwayat daripada Muslim bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa:

482 Riwayat al-Bukhari (11/154), at-Tirmizi (3562) dan an-Nasaie (8/266) daripada Saad r.a..

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda kepada Bani Salamah yang bermaksud:
Siapa ketua kamu? Mereka menjawab: Jad bin Qais yang kami sifatkannya sebagai seorang yang bakhil. Baginda bersabda: Apa lagi penyakit yang lebih teruk daripada bakhil?. Bahkan ketua kamu sekarang ialah Bisyr bin al Bara' bin Ma'rur.⁴⁸³
483 Riwayat al-Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad (296). Az-Zubaidi menyatakannya dalam kitab al-Ittihaf (8/195): Riwayat as-Siraj dan Abu Syeikh dalam kitab al-Amthal, Abu Naim dalam kitab al-Ma'rifah, al Baihaqi dalam kitab as-Sya'ab dan Walid bin Aban dalam Kitabus Sakha'.

Riwayat ini lebih sahih dari riwayat yang menyebut bahawa ketua mereka ialah Amru bin al-Jumuh⁴⁸⁴. Sesetengah perawi juga tersalah dengan menyebut al-Barra' bin Ma'rur sedangkan al-Barra' telah meninggal dunia sebelum hijrah.
484 Lihat kitab al-Isobah (2/247) dan Fadhlullah as-Somad (1/389).

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
Tiga perkara yang membinasakan iaitu sifat kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan kagum terhadap diri sendiri.⁴⁸⁵
485 Hadis ini telah ditakhrij sebelum daripada ini.

Al-Khattabi pula berkata: As-syahih iaitu bersifat bakhil (terhadap hartanya) dan melarang orang lain dari membelanjakan harta adalah lebih teruk dari sifat bakhil.

Salman al-Farisi berkata: Apabila seorang yang pemurah meninggal dunia, bumi serta malaikat hafazoh akan berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosa hambamu ini kerana sifat pemurahnya. Apabila si bakhil pula meninggal dunia, mereka berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! Halanglah hambamu ini dari memasuki syurga sebagaimana dia menghalang hamba-Mu yang lain dari mendapat harta yang Engkau telah kurniakan kepadanya.

Sebahagian hukama' berkata: Siapa yang bakhil, bermakna dia telah mewariskan hartanya kepada musuhnya.

Seorang badwi telah menyifatkan seorang lelaki lain dengan katanya: Dia menjadi terlalu kerdil pada pandangan mataku kerana dunia menjadi perkara yang amat besar pada pandangannya.

Seorang badwi juga pernah mencemuh satu puak dengan berkata: Mereka berpuasa dari melakukan perkara baik dan berbuka dengan perkara maksiat.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment