Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Antara Kisah Orang Yang Bakhil
Halaman Rujukan Kitab : 361
Nota Mudarasah:
Antara Kisah Orang yang Bakhil
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan katanya: Al-Hajib merupakan seorang lelaki bangsawan arab yang kedekut. Dia tidak menyalakan api di waktu malam kerana bimbang cahayanya akan diambil faedah oleh orang lain. Apabila dia menyalakan api, dia akan memerhatikan sekelilingnya. Jika dia mendapati ada orang yang menumpang cahayanya itu, dia terus memadamkan api itu.
Diceritakan bahawa Marwan bin Abu Hafsah adalah seorang yang sangat bakhil. Pada suatu hari dia keluar untuk menemui Khalifah al-Mahdi. Sebelum dia pergi, isterinya berkata: Jika al-Mahdi memberikan hadiah kepadamu, apa yang kamu mahu berikan kepadaku? Dia berkata: Sekiranya baginda memberikan aku seratus ribu dirham, aku akan berikan satu dirham kepadamu. Namun begitu al-Mahdi hanya memberikan sebanyak enam puluh ribu dirham sahaja kepadanya. Lalu diberikan empat dawanik kepada isterinya!.⁴⁸⁶
486 Dawanik kata jamak (plural) kepada kalimah Danik (singular) iaitu satu perenam dirham-pent.
Diceritakan bahawa terdapat seorang kaya yang banyak harta tetapi bakhil dan terlalu berkira sehingga dalam perkara yang sekecil mana sekalipun. Suatu hari dia keluar membeli barangan keperluannya. Selepas membeli, dia memanggil tukang pikul barang dan berkata: Berapa kamu ambil upah untuk memikul barang barang ini? Tukang pikul itu berkata: Dengan satu habbah⁴⁸⁷ sahaja. Dia berkata: Kurangkanlah sedikit lagi. Tukang pikul itu berkata: Bukankah satu habbah ini nilai yang paling kecil (bagaimana nak dikurangkan)? Tak tahulah, apa lagi yang mahu aku katakan. Orang kaya yang bakhil itu pun berkata: Dengan satu habbah tersebut kita beli lobak dan kita makan sama-sama!⁴⁸⁸
487 Sejenis matawang seperti sen, junaih dan seumpamanya-pent.
488 Dengan itu ia masih boleh dikurang atau dipecah-pecahkan lagi. Begitulah gambaran betapa bakhilnya lelaki kaya tersebut-pent.
Sifat Ithar (الايثار): Kelebihan dan Penjelasan Mengenainya
Ketahuilah bahawa sifat pemurah dan bakhil ada beberapa tahap. Setinggi-tinggi tahap pemurah ialah al-iithar⁴⁸⁹ iaitu bersifat pemurah walaupun sangat memerlukannya.
449 Sifat lebih mengutama atau mementingkan orang lain daripada diri sendiri pent.
Tahap bakhil yang paling teruk ialah sesiapa yang bersikap bakhil terhadap diri sendiri walaupun dia memerlukannya. Berapa ramai orang bakhil yang menyimpan hartanya, tidak mahu berubat ketika sakit ataupun tidak ingin berbelanja untuk makan walaupun dalam keadaan dia amat menyukainya. Orang sebegini tidak mahu membelanjakan hartanya semata-mata kerana sifat bakhilnya.
Alangkah jauhnya perbezaan antara dua tahap ini. Iaitu antara orang yang bersikap bakhil terhadap diri sendiri walaupun dia amat memerlukan sesuatu dengan orang yang bersikap lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri walaupun dia memerlukannya. Akhlak mulia adalah anugerah Allah Azzawajalla kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment