Saturday, 28 August 2021

SIRI 97 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Sifat Ithar (الايثار) : Kelebihan Dan Penjelasan Mengenainya

Halaman Rujukan Kitab : 363

Nota Mudarasah:

Tiada lagi darjat yang lebih tinggi dari sikap al-iithar dalam bab kemurahan hati. Allah Taala memuji sikap sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak mementingkan diri sendiri dengan firman-Nya:


Sebab turunnya ayat⁴⁹¹ ini ialah berkenaan kisah Abu Tolhah kerana sanggup mementingkan saudaranya yang susah lebih daripada diri dan keluarganya sendiri dalam soal makanan hariannya. Kisahnya sangat masyhur.
491 Riwayat al-Bukhari (7/43), Muslim (2054) dan at-Tirmizi (3301) daripada Abu Hurairah r.a..

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment