Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Cintakan Pangkat Dan Riya Yang Tercela Dan Cara Rawatannya
Tajuk Mudarasah: Pangkat Dan Harta Merupakan Dua Rukun Dunia
Halaman Rujukan Kitab : 371
Nota Mudarasah:
Pangkat dan Harta Merupakan Dua Rukun Dunia
Ketahuilah bahawa kedudukan dan harta adalah dua rukun kepada dunia. Makna harta ialah setiap matabenda yang dimiliki yang boleh dimanfaatkan dengannya. Makna kedudukan (al-jah) pula ialah memiliki dan menguasai hati manusia agar mereka memandang hebat kepadanya dan juga mentaatinya serta sedia berkhidmat untuknya.
Oleh itu kedudukan ialah wujudnya kedudukan terhormat dalam hati manusia di mana mereka percaya bahawa dia adalah seorang individu yang bersifat sempurna sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ibadat, keturunan, kekuatan, rupa paras, dan lain lain lagi. Sebanyak mana mereka yakin terhadap kesempurnaannya itu, sekadar itulah hati mereka tunduk untuk mentaati, memuji, berkhidmat dan menghormatinya.
Ini menunjukkan bahawa secara fitrahnya, pangkat atau kedudukan adalah sesuatu yang diingini bahkan lebih dari keinginan kepada harta. Ini kerana harta bukanlah menjadi matlamat pada zatnya itu bahkan ia hanyalah alat untuk sampai kepada matlamat yang diingini. Oleh itu pangkat dan harta merupakan dua perkara yang sentiasa dicintai oleh manusia kerana peranannya sebagai jalan untuk mencapai satu-satu matlamat yang diingini. Walaupun begitu, dorongan untuk mendapatkan pangkat adalah lebih kuat.
Ketahuilah bahawa pangkat atau kedudukan terbahagi kepada dua jenis iaitu yang terpuji dan yang tercela. Kita semua maklum bahawa manusia memerlukan harta kerana keperluan mendesak untuk makan, minum, pakai dan sebagainya. Begitu juga manusia amat memerlukan pangkat kerana mereka memerlukan satu bentuk benteng kuasa yang dapat menjaga kepentingan mereka dan juga rakan sekutu yang dapat menolong serta pembantu yang sedia berkhidmat untuk mereka. Menginginkan perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang tercela kerana pangkat juga merupakan wasilah atau jalan untuk sampai kepada matlamat sebagaimana juga harta.
Kesimpulan dalam perkara ini; Harta dan kedudukan hendaklah bukan perkara yang diingini atau dicintai pada zatnya. Apabila manusia mencari pangkat atau kedudukan yang dia berhak dan layak untuk memilikinya dengan tujuan mencapai matlamat yang betul, maka hukumnya adalah harus. Ini sepertimana kata kata Nabi Yusuf a.s.:

Demikianlah juga (harus) jika dengan tujuan menutup kekurangannya agar kedudukannya tidak terjejas (bagi meneruskan usaha ke arah mencapai matlamatnya yang baik itu). Manakala perbuatan mencari kedudukan walaupun dia mengetahui bahawa dia tidak layak dari segi ilmu, kewarakan dan berketurunan baik, ia adalah perkara yang dilarang.
Begitu juga halnya kalau dia memperelokkan cara sembah yangnya di hadapan orang lain agar mereka menganggapnya khusyuk dalam sembahyang. Dia sebenarnya seorang yang riya'. Dia tidak harus mempengaruhi hati-hati (agar percaya melalui perwatakan zahirnya) dengan sikap berpura-pura sebagaimana harta tidak seharusnya dimiliki dengan cara menipu.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment