Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Cintakan Pangkat Dan Riya Yang Tercela Dan Cara Rawatannya
Tajuk Mudarasah: Rawatan Penyakit Cintakan Pangkat
Halaman Rujukan Kitab : 373
Nota Mudarasah:
Rawatan Penyakit Cintakan Pangkat
Apabila hati seseorang itu dikuasai perasaan cintakan pangkat atau kedudukan, tumpuannya hanyalah untuk menjaga hati orang lain, berulang-alik menemui mereka dan menunjuk-nunjuk kebaikannya kepada mereka. Segala perkataan dan perbuatannya sentiasa menjurus ke arah memperkuatkan lagi kedudukannya di sisi mereka. Ini merupakan bibit-bibit sifat munafik dan juga asas kepada kerosakan sebenar. Ini kerana sesiapa yang mencari tempat di hati manusia, dia terpaksa berpura-pura di depan mereka dengan mengzahirkan perlakuan yang tidak sebenar. Ini menjadikannya sanggup menunjuk-nunjuk dalam amal ibadatnya ataupun sanggup menjerumuskan dirinya dalam perkara yang diharamkan. Kesemua itu dilakukannya semata-mata untuk memerangkap (mempengaruhi) hati manusia.
Oleh sebab itulah Nabi s.a.w. mengumpamakan orang yang gilakan harta dan pangkat sehingga merosakkan agama mereka seperti dua ekor serigala ganas yang dilepaskan ke dalam kandang kambing.⁴⁹⁸
498 Riwayat Ahmad (3/456, 460), at-Tirmizi (2482), Ibnu Mubarak dalam az Zuhd (181-Ziadat Naim bin Hamad), ad-Darimi (2733), Ibnu Hibban (2472) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (190/19) daripada Kaab bin Malik r.a.. Hadis yang mempunyai maksud yang sama juga ada diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dan lain-lain.
Justeru, cintakan pangkat atau kedudukan merupakan sebahagian dari perkara yang merosakkan dan perlu ditangani segera. Rawatannya adalah melalui adunan antara ilmu dan amal.
Rawatan secara ilmu ialah dengan menyedari bahawa faktor yang menyebabkan dia cintakan pangkat ialah keinginan menguasai sepenuhnya hati manusia (agar tunduk dan memandang tinggi kepadanya). Andaikata keinginannya itu terlaksana dan tercapai, dia akhirnya akan mati juga. Dia sepatutnya memikirkan risiko dan penyakit yang akan ditanggung oleh golongan yang cintakan pangkat atau kedudukan di dunia ini di mana mereka akan menjadi sasaran hasad dengki serta tindakan-tindakan yang menggugat dan menyakitkan mereka. Oleh itu kamu dapati mereka sentiasa kelihatan takut kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan di samping sentiasa berwaspada agar kedudukan mereka di hati masyarakat tidak berubah.
Hati manusia sentiasa berubah-ubah lebih cepat daripada air yang sedang menggelegak dalam periuk. Oleh itu kesibukan dan keprihatinannya bagi menjaga kedudukannya di hati manusia (yang bersifat sedemikian) adalah merupakan masalah-masalah yang akan menyebabkankan kedukacitaan yang terpaksa dihadapi di dunia ini lagi. Di samping ia boleh menjejaskan usahanya untuk menjaga kedudukannya itu. Dengan itu perasaan berharap untuk memperolehi perkara dunia yang diingini (seperti mahukan kedudukan) adalah tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kebimbangan yang dialaminya akibat daripada masalah-masalah tersebut. (Kalau itulah kerugian duniawinya kerana menghabiskan masa hidupnya dengan perkara-perkara demikian) maka lebih-lebih lagilah kerugian yang akan dialaminya akibat terlepas daripada ganjaran di akhirat (kerana mengsia-siakan peluang hidupnya dengan sibuk mencari kedudukan). Inilah cara rawatan dari sudut ilmu.
Rawatan dari segi praktikal pula ialah dengan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menghilangkan perasaan bangga dan pandangan tinggi orang ramai terhadap dirinya. Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa seorang raja telah datang menziarahi seorang lelaki yang zuhud. Apabila baginda menghampirinya, dia terus meminta agar dihidangkan makanan, sayuran dan susu. Lalu dia makan dengan lahapnya di hadapan raja tersebut dengan suapan suapan yang besar. Apabila raja itu melihat perlakuannya, dia mula memandang rendah terhadap lelaki zuhud tersebut.
Apabila Ibrahim an-Nakhaie dikehendaki menerima jawatan qadhi, dia pergi ke pasar dengan berpakaian merah, lalu dia duduk melepak di situ buat seketika.⁴⁹⁹
499 Agar dia tidak dipedulikan dan tidak dianggap seorang alim bertaraf imam.
Apabila orang zuhud mengasingkan diri, tentu hati orang biasa akan memuliakannya. Jika dia bimbang fitnah ini berlaku kepadanya, dia hendaklah bergaul dengan mereka secara baik, pergi ke pasar-pasar, membeli belah dan membawa sendiri barangannya ke rumah. Dia juga hendaklah menghapuskan keinginannya terhadap dunia mereka. Dengan cara itu, hasratnya akan tercapai.
Basyir al-Hafi sering duduk bersama pemilik kedai minyak wangi dan mereka sentiasa menjaga peraturan dan adab ahli zuhud sepanjang hari.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment