Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Cintakan Pangkat Dan Riya Yang Tercela Dan Cara Rawatannya
Tajuk Mudarasah: Tidak Menghiraukan Celaan Manusia
Halaman Rujukan Kitab : 375
Nota Mudarasah:
Tidak Menghiraukan Celaan Manusia
Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia menjadi binasa kerana takut terhadap celaan manusia dan sukakan kepada pujian mereka. Oleh sebab itu, segala gerak geri mereka (akan dikawal) supaya menepati kemahuan atau citarasa manusia kerana mengharapkan pujian dan takutkan celaan. Ini semua termasuk dalam perkara yang membinasakan dan perlu ditangani segera.
Cara merawatnya ialah dengan melihat kepada sifat keistimewaan yang menjadi bahan pujian itu. Sekiranya ia benar benar terdapat pada diri kamu, maka ia tidak terkeluar dari dua keadaan iaitu sama ada sifat tersebut sememangnya patut disukai seperti ilmu dan warak ataupun perkara yang tidak sepatutnya disukai seperti pangkat dan harta.
Dalam keadaan pertama -perkara yang sememangnya patut disukai-, cara merawatnya ialah dengan berwaspada terhadap su'ul khatimah (kesudahan yang buruk). Sikap berwaspada dan menaruh perasaan bimbang terhadapnya akan menjadikannya tidak terlalu gembira dengan puji-pujian. Sekiranya kamu merasa gembira dengan memiliki sifat istimewa itu kerana mengharapkan husnul khatimah (kesudahan yang baik), kegembiraanmu itu hendaklah atas dasar mengsyukuri limpah kurnia Allah s.w.t. yang telah memberikan kepadamu ilmu dan taqwa, bukannya kerana pujian manusia.
Manakala keadaan yang kedua iaitu dipuji kerana pangkat dan hartanya, perasaan gembira dengannya adalah seperti merasa gembira dengan tumbuh-tumbuhan di bumi yang tidak lama selepas itu akan mati kekeringan. Hanya orang yang cetek akalnya yang merasa gembira atau seronok dengan perkara tersebut. Sekiranya sifat yang menjadi bahan pujian tersebut tidak ada pada kamu, kamu dianggap gila jika kamu merasa seronok dengan pujian tersebut.
Kita telah menerangkan keburukan pujian dalam bab bahana lidah dahulu. Kamu tidak seharusnya gembira dengannya bahkan sepatutnya merasa gusar dan tidak selesa sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak salaf terdahulu. Di mana mereka bukan sekadar benci kepada puji-pujian tersebut bahkan memarahi orang yang memuji.
Mengatasi masalah takut kepada celaan manusia dapat difahami secara spontan dari cara merawat penyakit sukakan pujian kerana ia adalah sebaliknya. Secara ringkasnya, orang yang mencemuh kamu itu sama ada dia benar dan bertujuan menasihati kamu atau sebaliknya.
Jika dia benar, kamu sepatutnya merasa terhutang budi kepadanya dan janganlah marah kerana dia telah menjelaskan segala kekurangan kamu (untuk kamu perbaiki). Kalau dia tidak bertujuan untuk menasihati, ketahuilah bahawa dia sebenarnya telah melakukan jenayah terhadap agamanya sendiri dan kamu pula mendapat manfaat dari kata-katanya itu. Ini kerana dia memberitahu sesuatu perkara yang kamu tidak pernah tahu dan mengingatkan kamu kesalahan kesalahan atau dosa yang mungkin kamu telah lupakan.
Jika cerita itu sengaja direka-reka sedangkan kamu tidak bersalah, kamu hendaklah memikirkan tiga perkara:
i. Sekiranya kamu benar-benar tidak melakukan kesalahan tersebut, kamu tetap tidak terlepas dari kesalahan-kesalahan lain yang seumpamanya. Ini bermakna Allah lebih banyak menutupi kesalahan yang kamu lakukan berbanding dengan apa yang didedahkan-Nya. Oleh itu bersyukurlah kepada Allah kerana Dia tidak mendedahkan kesalahan-kesalahan tersebut dan membela kamu dengan cara menjadikan musuhmu hanya menyebut kesalahan-kesalahan yang kamu tidak lakukannya.
ii. Semua itu menjadi penebus (kaffarah) kepada segala kesalahan kamu yang lain.
iii. Orang itu telah melakukan jenayah terhadap agamanya sendiri dan dia terdedah kepada kemurkaan Allah. Oleh itu kamu seharusnya memohon agar Allah mengampuninya. Sebagaimana diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencederakan kepala Ibrahim bin Adham, lalu Ibrahim mendoakan keampunan untuk lelaki tersebut dengan berkata: Aku diberikan pahala kerana perbuatannya dan aku sekali-kali tidak mahu dia diseksa disebabkan aku. Cerita ini telah disebut dalam bab kelebihan berlemah-lembut (al-hilm) dahulu. Sila lihat dalam bab berkenaan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment