Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Riya
Halaman Rujukan Kitab : 377
Nota Mudarasah:
Terdapat banyak ayat al-Quran dan juga as-Sunnah yang mencela sifat riya'. Antaranya firman Allah Taala:

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Allah Azzawajalla berfirman:

500 Al-Hafiz Iraqi dalam kitab al-Mughni (3/294) menyandarkan riwayat ini kepada Malik. Ibnu Majah (4202) dan Ibnu Balban telah meriwayatkannya dalam kitab al-Maqasid as-Sunniah (bilangan: 56) daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad yang sahih. Imam Muslim (2985) juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. hadis seumpamanya.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang kecil. Sahabat bertanya: Apakah syirik yang kecil itu, wahai Rasulullah? Sabda baginda s.a.w.: Riya'. Setelah semua amalan mendapat pembalasan pada hari kiamat kelak, Allah Azzawajalla berfirman kepada mereka: Pergilah kepada siapa yang kamu lakukan amalan kerananya (riya'kan) di dunia dahulu. Adakah kamu dapati apa-apa (ganjaran atau habuan) dari mereka?.⁵⁰¹
501 Penambahan dalam cetakan As-Syaamiah: Khairan (kebaikan dengan maksud: adakah kamu dapati apa-apa kebaikan dari mereka?) adalah penambahan yang salah. Yang betul ialah apa yang telah disemak, iaitu seperti di atas. Hadis riwayat Ahmad (5/428, 429) dan al-Baghawi (14/324) daripada Mahmud bin Labid dengan sanad yang hasan.
Bisyr al-Hafi berkata: Bahawa aku mencari rezeki dengan meniup serunai adalah lebih aku sukai dari aku mencarinya dengan menggunakan agama.
Perkataan riya' adalah pecahan dari perkataan ar-ru'yah (penglihatan) dan as-sum'ah pula pecahan dari perkataan as-simaa' (pendengaran). Oleh sebab itu orang yang riya' adalah orang yang memperlihatkan amalannya kepada manusia lain untuk mendapat habuan dari mereka. Ia mempunyai beberapa bahagian:
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment