Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Riya
Halaman Rujukan Kitab : 377
Nota Mudarasah:
Pertama: Riya' dalam Perkara Agama
Ia mengandungi beberapa jenis:
i. Riya' melalui keadaan badan
Iaitu dengan menzahirkan badan yang kurus dan pucat untuk memperlihatkan kepada orang lain akan kesungguhannya dalam beribadat dan betapa takutnya dia kepada hari akhirat. Begitu juga dengan menunjuk-nunjuk keadaan rambutnya yang kusut masai seolah-olah terlalu sibuk dengan urusan agama sehingga tidak sempat untuk menyikat rambut.
Contoh yang hampir sama juga ialah dengan memperlahankan suara, mata yang cengkung dan bibir yang kering agar difahami bahawa dia selalu berpuasa. Oleh kerana itulah, Nabi Isa bin Maryam a.s. pernah bersabda yang bermaksud: Apabila kamu berpuasa, minyakkan dan sikatkanlah rambut kamu. Ini kerana baginda bimbang orang yang berpuasa akan dihinggapi dengan penyakit riya'. Inilah jenis riya' yang menimpa ahli agama yang ditunjukkan melalui tubuh badan.
Manakala ahli dunia (golongan yang mementingkan dunia) pula menunjuk- nunjuk (kesenangan duniawi mereka) dengan mengzahirkan kegemukan, warna kulit yang putih bersih, badan yang tegap, rupa yang tampan dan badan yang bersih.
ii. Riya' melalui gaya dan fesyen pakaian
Umpamanya berjalan dengan menundukkan kepalanya, mengekalkan kesan sujud di dahi, berpakaian tebal dan kasar, memakai baju berbulu, banyak menyingsing kain, menyingkatkan lengan baju dan membiarkan pakaian dalam keadaan carik dan kotor.
Antaranya juga ialah dengan memakai pakaian yang bertampal tampal dan berwarna biru kerana meniru pakaian ahli sufi⁵⁰², sedangkan hatinya kosong dari sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh mereka. Begitu juga dengan meletakkan kerudung di atas serban di kepala bagi menarik perhatian orang ramai kepadanya kerana berpakaian yang berbeza dengan adat kebiasaan masyarakat setempat.
502 Yang dimaksudkan di sini ialah ahli sufi yang mempunyai hati yang bersih dan suci.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment