Thursday, 9 September 2021

SIRI 109 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya

Tajuk Mudarasah: Bahagian-Bahagian Riya'

Sub Tajuk: Riya' Melalui Perkataan dan Amalan

Halaman Rujukan Kitab : 380

Nota Mudarasah:

iii. Riya' melalui perkataan

Ahli agama akan merasa riya' dengan nasihat dan peringatan yang diberikan. Begitu juga dengan hadis-hadis yang dihafal bagi tujuan berdebat dan menunjukkan kehebatan ilmunya serta membuktikan bahawa dia begitu mengambil tahu perjalanan hidup ulamak-ulamak terdahulu. Mereka juga sentiasa menggerakkan bibir untuk berzikir di hadapan orang ramai di samping menunjukkan rasa marah mereka terhadap kemungkaran yang berlaku. Mereka juga merasa riya' dengan cara memperlahankan suara dan melembutkan sebutan ketika membaca al-Quran kerana menunjukkan rasa takut dan sedihnya atau seumpamanya.

Manakala riya' ahli dunia pula ialah dengan menghafal kata kata indah seperti sajak, syair dan peribahasa-peribahasa atau kata kata kiasan serta menunjukkan kepetahan bercakap dan sebagainya.

iv. Riya' melalui amalan

Contohnya: Seorang yang bersembahyang menunjukkan riya'nya dengan memanjangkan masa berdiri, ruku' dan sujud serta menampakkan kekhusyukkannya. Demikianlah juga yang berlaku pada ibadat yang lain seperti puasa, jihad, haji, sedekah dan lain-lain.

Manakala riya' ahli dunia pula ialah berjalan dengan penuh lagak, bangga dan sombong, menghayunkan tangan, memendek. kan langkah, mengangkat hujung kain dan melenggok-lenggokkan badannya agar dilihat sebagai seorang yang hebat dan berwibawa.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment