Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Bahagian-Bahagian Riya'
Sub Tajuk: Riya' Melalui Sahabat Handai Atau Tetamu
Halaman Rujukan Kitab : 381
Nota Mudarasah:
v. Riya' melalui sahabat-handai atau tetamu
Contohnya seorang yang bersungguh-sungguh mempelawa ulamak atau ahli ibadat ke rumahnya agar diperkatakan bahawa si fulan telah melawat si fulan di rumahnya, golongan agama melawat rumahnya dan mengambil berkat dengannya.
Begitu juga orang yang menunjuk-nunjuk dengan jumlah gurunya yang ramai agar diperkatakan bahawa: Dia telah berjumpa dan menuntut daripada ramai tuan-tuan guru serta banyak mengambil manfaat dari mereka. Dia berbangga dengan perkara tersebut. Inilah himpunan sifat riya' yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pangkat dan kedudukan di dalam hati hamba hamba Allah.
Ada di antara mereka yang mencari kedudukan semata-mata.
Terdapat ramai para ahli ibadat yang beruzlah di bukit bukau dan pendeta yang beribadat pada satu sudut rumah ibadatnya. Walaupun mereka memutuskan segala keinginannya terhadap harta orang lain, tetapi dalam masa yang sama mereka amat suka untuk mendapat kedudukan di hati manusia. Ada di antara mereka yang bertujuan mencari harta sahaja dan ada juga yang hanya ingin disanjung atau mendapat publisiti yang meluas.
Jika ditanya adakah riya' itu haram, makruh atau harus?
Jawapannya memerlukan kepada huraian yang terperinci, sama ada ia berkaitan dengan perkara ibadat atau selainnya. Riya' dalam perkara ibadat hukumnya adalah haram. Orang yang riya' dalam sembahyang, sedekah, haji dan lain-lain adalah berdosa kerana niatnya bukan kerana Allah Taala yang berhak disembah. Orang yang riya' sebegini, dimurkai oleh Allah Taala.
Kedudukan riya' dalam perkara bukan ibadat adalah seperti mencari harta sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini. Riya' tersebut tidak haram jika bertujuan mencari kedudukan di hati manusia (agar mereka percaya dan yakin kepadanya),
Walau bagaimanapun, sekiranya harta boleh dicari dengan tipu muslihat dan cara-cara yang haram, maka begitulah juga dengan mendapatkan kedudukan. Ia juga boleh berlaku dengan cara yang dilarang dan haram. Sebagaimana mencari sedikit harta yang diperlukan oleh setiap orang adalah amalan terpuji, maka demikianlah juga dengan pangkat atau kedudukan. Inilah yang pernah diminta oleh Nabi Yusuf a.s. dalam kata-katanya:

Kami berpendapat bahawa tidak haram mencari pangkat atau kedudukan walau setinggi mana pun pangkat yang di cari, kecuali (haram) jika pangkat tersebut boleh menyebabkan pemiliknya sanggup melakukan perkara yang tidak seharusnya dibuat, sebagaimana yang telah kita sebutkan dalam bab mencari harta.
Sekiranya kedudukan yang tinggi itu diperolehi bukan dengan sifat rakus untuk mendapatkannya dan tidak bersedih dengan kehilangannya, maka itu dibolehkan. Ini kerana tiada kedudukan yang lebih tinggi dari pangkat kerasulan Rasulullah s.a.w. serta ulamak selepasnya⁵⁰³. Walaupun begitu, jika segala tumpuannya dihalakan untuk mencari kedudukan, itu adalah satu kekurangan dalam agama seseorang walaupun tidak disebut sebagai haram.
503 Maksudnya; Pangkat atau kedudukan yang paling tinggi ialah pangkat kerasulan dan kedudukan para ulamak selepas baginda s.a.w.. Kalaulah ini dibolehkan kerana ia diperolehi bukan dengan usaha dan memintanya. maka lebih-lebih lagilah diharuskan untuk mendapat pangkat dan kedudukan yang lebih rendah dari itu jika ia diperolehi tanpa meminta dan usaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya-pent.
Memperelokkan pakaian atau berhias ketika keluar untuk menarik perhatian orang lain kepadanya bukanlah perkara yang dilarang secara mutlak kerana niat setiap manusia adalah berbeza. Kebanyakan manusia berbuat demikian kerana tidak suka dipandang lekeh di mata orang lain.
Dalam riwayat Muslim daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

504 Riwayat Muslim (91), Abu Daud (4091) dan at-Tirmizi (199)
Di kalangan mereka pula ada yang berbuat demikian kerana suka untuk menzahirkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya kerana Rasulullah s.a.w. diperintah berbuat demikian.⁵⁰⁵
505 Sebagaimana dalam surah ad-Dhuha, ayat 11 yang bermaksud: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya -pent.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment