Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Riya' Tersembunyi yang Lebih Sukar Dikesan daripada Bunyi Semut
Halaman Rujukan Kitab : 386
Nota Mudarasah:
Diriwayatkan kepada kami daripada Wahab bin Munabbih bahawa terdapat seorang lelaki di kalangan ahli ibadat berkata kepada kawan-kawannya: Sesungguhnya kita telah berpisah dari harta dan anak-pinak kerana takut akan menjadikan kita melampau. Namun begitu kita juga bimbang dihinggapi penyakit yang lebih melampau daripada apa yang berlaku kepada orang yang mempunyai harta kekayaan. Penyakit itu ialah jika seseorang di kalangan kita ini suka diagung-agung kerana agamanya di mana apabila dia berhajat, dia suka jika ada orang lain yang menunaikannya dan apabila dia membeli sesuatu, dia gembira jika dimurahkan harga untuknya.
Kata-katanya ini sampai kepada raja lalu baginda pergi menemuinya bersama rombongannya. Apabila sampai di sana, baginda mendapati orang ramai telah memenuhi setiap cerung dan lurah bukit yang diduduki oleh ahli ibadat tersebut. Ahli ibadat tersebut berkata: Siapakah ini? Dijawab: Ini raja. Lalu sahabatnya berkata: Bawalah makanan. Lalu dibawa sayur-sayuran, kismist dan umbut-umbut pokok. Kemudian dia membuka rahangnya luas luas dan makan dengan lahapnya. Raja itu bertanya: Di manakah sahabat kamu (yang bercakap dengan kata-kata tersebut)? Mereka berkata: Itulah dia. Raja itu bertanya: Bagaimana keadaanmu? Dia menjawab: Macam orang lain. Raja berkata lagi: Tiada kebaikan pada orang ini. Lalu raja tersebut pergi dari situ. Kemudian ahli ibadat itu berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memalingkannya dariku dalam keadaan dia mencemuhku.
Orang yang ikhlas sentiasa bimbang kepada riya' yang tersembunyi. Mereka berusaha sedaya upaya untuk berselindung dari orang lain apabila membuat amalan yang baik. Mereka bersungguh dalam menyembunyikan amalan mereka lebih dari manusia lain yang cuba menyembunyikan kejahatan mereka. Semua itu dilakukan agar amalan mereka ikhlas hanya kepada Allah dan seterusnya mendapat ganjaran daripada Allah pada hari kiamat kelak.
Terlalu banyak kelodak riya' yang halus dan tersembunyi ini. Apabila terdapat dalam diri manusia perasaan berbeza-beza antara amalan yang dilihat dengan yang tidak dilihat oleh orang lain, bermakna dirinya mempunyai satu daripada cabang-cabang riya'. Namun begitu bukan semua unsur-unsur riya' ini menggugurkan pahala dan merosakkan amalan. Ia perlu kepada huraian yang lebih terperinci.
Jika dikatakan: Kamu tidak akan dapati seorang pun di kalangan manusia ini yang tidak merasa seronok apabila amalannya diketahui oleh orang lain. Jadi, adakah semua mereka itu dikeji?
Jawapannya ialah: Rasa seronok atau gembira itu sendiri terbahagi kepada kegembiraan yang terpuji dan kegembiraan yang tercela.
Kegembiraan yang terpuji ialah apabila dia ingin menyembunyi kan segala amalannya kerana ikhlas kepada Allah, namun apabila ianya diketahui umum, dia sedar bahawa Allahlah yang telah mendedahkan segala kebaikannya itu. Lalu dia bergembira kerana hikmah perbuatan Allah dan pemerhatian-Nya terhadapnya serta sifat belas kasihan Allah kepadanya. Ini kerana Allah hanya mendedahkan ibadat yang dilakukan tetapi menutup segala kesalahan yang juga telah dilakukannya walaupun dia telah menyembunyikan kedua duanya sekali sama ada ketaatan mahupun maksiat.
Sesungguhnya menutup perkara yang buruk dan mendedahkan yang baik merupakan sifat belas kasihan yang paling tinggi. Tidak ada lagi sifat belas kasihan yang lebih tinggi daripada itu. Itulah sebab dia merasa gembira, bukan kerana pujian orang lain atau untuk mendapat kedudukan di hati mereka dengan sebab perkara tersebut. Atau dia bergembira kerana pendedahan Allah Taala terhadap kebaikannya dan menutup keburukannya di dunia ini, adalah sebagai tanda bahawa demikianlah juga yang akan berlaku padanya di akhirat. Teradapt dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud sedemikian.⁵⁰⁸
508 Iaitu sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebagaimana Allah Taala menutup kesalahan seseorang hamba di dunia, Dia juga akan enutup kesalahan tersebut di akhirat nanti. Hadis riwayat Muslim (2590) daripada Abu Hurairah r.a..
Sekiranya dia merasa seronok atau gembira disebabkan manusia melihatnya atau mendapat kedudukan yang baik di sisi masyarakat sehingga mereka memuji dan membesarkannya serta menunaikan segala hajatnya, itu adalah perasaan riya' yang dibenci dan dicela.
Sekiranya dinyatakan: Kalau begitu, apa maksud hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan seseorang yang mengerjakan suatu amalan secara sembunyi dan apabila diketahui orang ramai, dia merasa bangga dengan dirinya?.
Baginda bersabda yang bermaksud:
Baginya dua pahala: Pahala amalan secara rahsia dan pahala kerana diketahui orang ramai.
Jawapannya ialah: Hadis tersebut adalah hadis daif yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi.⁵⁰⁹
509 Al-Iraqi menyatakan dalam kitab al-Mughni (3/308): Ringkasannya: Hadis ini adalah riwayat al-Baihaqi dalam bab Sya'bul Iman, riwayat Zakwan daripada Ibnu Mas'ud r.a.. At-Tirmizi dan Ibnu Hibban meriwayatkannya melalui riwayat Zakwan daripada Abu Hurairah r.a..Berkata at-Tirmizi: Hadis ini ghorib (yakni daif sebagaimana yang kami nyatakan dalam juzu' ketiga dari kitab ar-Raddul Ilmi). Syeikh al-Albani dalam kitab Da'ieful Jami' (4790) juga berpendapat sedemikian.
Sebahagian ulamak menafsirkan: Iaitu dia merasa bangga kerana pujian itu adalah tanda penyaksian manusia terhadap kebaikannya. Ini bersandarkan sabda Nabi s.a.w.:
Kamu merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi ini.⁵¹⁰
510 Keratan dari hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (3/186, 197, 345), al Bukhari (3/181), Muslim (949), at-Tirmizi (1058), an-Nasaie (4/49, 50) dan Ibnu Majah (1491) daripada Anas r.a. dan juga daripada Abu Hurairah r.a..
Diriwayatkan dalam sahih Muslim⁵¹¹ daripada Abu Zar r.a. katanya:
511 Hadis bilangan: 2642

Sekiranya dia merasa kagum kerana manusia mengetahui dan menghormatinya, itu adalah riya'.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment