Wednesday, 22 September 2021

SIRI 122 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela

Tajuk Mudarasah: Pembahagian Bencana Sifat Takabbur

Halaman Rujukan Kitab : 404

Nota Mudarasah:

Antara sifat orang yang takabur juga ialah:

1. Dia suka sekiranya orang lain berdiri menghormatinya. Berdiri yang dimaksudkan di sini dalam dua keadaan:

i. Orang lain berdiri menghormatinya, sedangkan dia yang dihormati itu dalam keadaan duduk. Cara begini adalah ditegah dalam Islam, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

520 Riwayat al-Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad' (977), Abu Daud (5229), at-Tirmizi (2/125) dan Ahmad (4/93, 100) daripada Muawiyah r.a. dengan sanad yang sahih.

Cara begini adalah amalan orang bukan Islam dan mereka yang takabur.

ii. Berdiri ketika menyambut kedatangan seseorang. Cara begini hampir tidak diamalkan oleh golongan salaf. Anas r.a. telah berkata:
Tiada seorang pun yang lebih kami kasih selain Rasulullah s.a.w.. Walaupun begitu, kami tidak pernah berdiri ketika kehadiran Rasulullah s.a.w, kerana amalan itu tidak disukai oleh baginda.⁵²¹
521 Riwayat al-Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad' (946), at-Tirmizi (2/125) dan Ahmad (3/132) dengan sanad yang sahih.

Para ulamak berpendapat: Digalakkan⁵²² berdiri kerana menghormati kedua ibubapa, pemimpin yang adil dan orang yang baik-baik. Amalan ini dianggap sebagai tanda pengenalan kepada mereka yang baik-baik. Sekiranya amalan ini diting galkan ketika berhadapan dengan orang yang layak diberi peng hormatan, dibimbangi akan dianggap sebagai satu penghinaan atau mengabaikan layanan yang sepatutnya diberikan. Ini semua boleh menyakitkan hatinya (kerana terasa dihina). Oleh itu, penghormatan yang diberikan tidak melarang orang yang dihormati itu untuk membenci penghormatan tersebut kerana menganggap dia masih tidak layak untuk menerimanya.
522 Tidak ada dalil berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadith as-Sohihah (1/627, 632)

2. Sentiasa memastikan ada orang yang berjalan mengiringi di belakangnya.

3. Tidak suka menziarahi orang lain kerana takaburnya.

4. Enggan atau tidak suka ada orang lain duduk di sisinya atau berjalan bersamanya kerana kesombongannya. Anas r.a. pernah meriwayatkan:

Suatu hari, seorang hamba perempuan dari penduduk Madinah telah memegang tangan Rasulullah s.a.w. lalu mem bawa baginda pergi untuk menyempurnakan urusannya.⁵²³
523 Riwayat Ibnu Majah (4177), Ahmad (3/174, 216). Pada sanadnya terdapat Ali bin Zaid dan beliau adalah daif.

Ibnu Wahab berkata: Aku duduk dekat dengan Abdul Aziz bin Abi Rawwad, dalam keadaan peha aku bersentuh dengan pehanya, kemudian aku menjauhkan diri daripadanya. Melihat kejadian itu, dia pun menarik bajuku agar aku duduk berdampingan dengannya. lalu beliau berkata: Kenapakah kamu melayani aku sepertimana kamu melayani para pemimpin yang sombong angkuh?. Sesungguhnya akulah orang yang paling jahat di antara kamu (maka tak perlu kamu lakukan sebegitu).

5. Tidak suka melakukan sebarang kerja dalam rumah tangganya. Sikap ini berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w..

6. Enggan membawa sendiri barang keperluannya yang dibeli di pasar, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah membeli barang keperluan baginda di pasar dan membawanya sendiri pulang ke rumah. Demikian juga Abu Bakar r.a. membawa kain-kainnya ke pasar untuk diperniagakan. Umar r.a. pula telah membeli daging dan mengele kya untuk dibawa pulang ke rumah. Ali k.w. pernah membeli buah tamar dan kemudiannya memasukkannya ke dalam bungkusannya untuk dibawa pulang. Seseorang telah berkata kepadanya: Biarlah aku tolong kamu membawanya. Beliau menjawab: Tidak! Ketua keluarga lebih berhak untuk membawanya pulang.

Pada satu hari, Abu Hurairah r.a. pulang dari pasar memikul seberkas kayu api, sedangkan pada masa itu beliau adalah wakil kepada Khalifah Marwan. Lalu dia berkata kepada seorang lelaki yang menghalang laluannya: Tolong berikan laluan kepada amir (ketua) ini.

Sesiapa yang ingin bersifat tawaduk dan menghilangkan perasaan takabur, dia hendaklah beramal dengan sirah Rasulullah s.a.w... Perkara ini telah diperkata dan dianjurkan dalam bab: "Adab adab Kehidupan"

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment