Thursday, 23 September 2021

SIRI 123 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela

Tajuk Mudarasah: Merawat Sifat Takabur dan Bersifat Tawaduk

Halaman Rujukan Kitab : 406

Nota Mudarasah:

Merawat Sifat Takabur dan Bersifat Tawaduk

Sifat takabur adalah antara sifat-sifat yang membinasakan. Justeru, hukum merawatnya menjadi fardu ain. Proses rawatannya melibatkan dua peringkat:

Pertama:

Mencabut pohon takabur dari dalam jiwa dengan akar umbinya sekali. Caranya ialah dengan mengenali diri dan mengenali Tuhannya. Apabila dia benar-benar mengenali dirinya, dia akan mendapati bahawa dirinya adalah sehina-hina kejadian. Memadailah apabila dia merenung asal kejadiannya iaitu tanah, kemudian setitis mani (nutfah) yang keluar melalui jalan keluar air kencing. kemudian membentuk segumpal darah ('alaqah), kemudian seketul daging (mudhghah). Selepas itu barulah dia menjadi manusia setelah dahulunya kaku, tidak dapat mendengar, melihat, merasa dan bergerak. Asal kejadiannya bermula dengan kematian sebelum hidup, lemah sebelum kuat dan miskin sebelum kaya.

Allah s.w.t. telah menyatakan dalam firman-Nya:


Kemudian Allah kurniakan nikmat kepadanya:


Firman-Nya:


Allah s.w.t. menghidupkannya selepas daripada mati, memperelokkan kejadian dan mengeluarkannya ke dunia di mana dia diberikan makanan, minuman, pakaian, hidayah dan kekuatan.

Jika begitulah permulaan seorang manusia, atas dasar apakah dia boleh bersikap sombong dan berbangga diri?.

Seandainya kehidupan ini mengikut kehendak dan segala yang diingininya, nescaya dia bebas melakukan segala kejahatan, tetapi keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. Ini kerana dia juga mungkin ditimpa pelbagai musibah alam atau penyakit yang kronik. Walaupun tubuh badannya sempurna tetapi ia juga boleh menjadi lemah dan akhirnya musnah. Dia tidak boleh menentukan manfaat atau mudarat terhadap dirinya. Dia juga boleh melupai apa yang diingati dan dibinasakan oleh sesuatu yang menyeronokkannya atau tidak memperolehi apa yang diimpikannya. Rentetan itu dia juga tidak terselamat dari dicabut nyawanya secara tiba-tiba.

Itulah keadaannya dalam era pertengahan hidupnya. Sebelum itu telah diceritakan keadaannya di awal kejadian. Di akhir hidupnya pula akan berlaku kematian yang akan mengembalikannya kaku seperti sebelumnya. Seterusnya dia akan diperapkan ke dalam tanah menjadi bangkai yang busuk. Anggota-anggota badannya akan pecah dan tulang akan reput. Ulat-ulat akan memakan anggotanya, sehingga menjadi tanah seperti sebelumnya, yang boleh digunakan pula untuk membuat bekas air (seperti labu sayung) dan membina bangunan.

Kemudian setelah lama dia hancur menjadi tanah, unsur unsurnya itu dihimpunkan kembali untuk menghadiri agenda kiamat. Dia melihat bumi yang telah bertukar, bukit-bukau berterbangan ke sana sini, langit pecah berkepingan, bintang bintang gugur berselerak, matahari dipadamkan cahayanya dan segalanya menjadi gelap gelita. Ketika itu neraka jahanam mengge legak dan rekod-rekod amalannya diedar dan dibentangkan. Lalu dikatakan kepadanya sebagaimana firman Allah Taala:


Dia akan bertanya kehairanan: Inikah dia rekod amalanku? Lalu dikatakan kepadanya:

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment