Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela
Tajuk Mudarasah: Merawat Sifat Takabur dan Bersifat Tawaduk
Halaman Rujukan Kitab : 409
Nota Mudarasah:
Hendaklah diketahui juga bahawa sifat takabur hanyalah layak untuk Allah s.w.t.. Seandainya sifat ini wujud dalam diri seseorang, Allah akan memurkainya. Allah Taala amat suka jika seseorang itu bersifat tawaduk. Setiap penyakit perlu dirawat dengan sifat yang berlawanan dengannya dan sifat tawaduklah yang paling utama.
Sifat ini juga seperti sifat-sifat yang lain, mempunyai dua penghujung dan satu pertengahan. Penghujung yang menjadikan seseorang itu berlebih-lebihan, dinamakan takabur. Manakala penghujung yang membawa seseorang kepada keadaan serba kurang, dinamakan pesimis dan hina diri.
Dipertengahannya pula dinamakan tawaduk. Ia merupakan sifat yang terpuji iaitu dengan merendah diri tetapi tidak meletakkan dirinya di tahap kehinaan. Sebaik-baik perkara ialah pertengahannya. Sesiapa yang melampaui rakan-rakannya, akan menjadi takabur. Barang siapa yang menuruti mereka, dia adalah orang yang bersifat tawaduk, kerana dia meletakkan sesuatu mengikut kedudukannya. Sebagai contoh, seorang tukang kasut atau seumpamanya yang memasuki rumah seorang alim yang sedang duduk. Si alim ini lantas bangun dan memberikan tempat duduknya kepada si tukang kasut tersebut. Apabila hendak pulang, si alim itu tergesa-gesa mengambil kasut si tukang kasut tersebut dan membawakannya kepadanya lantas mengiringinya ke pintu. Perlakuan ini adalah sikap pesimis dan hina si alim tersebut.
Sifat sebegini tidak terpuji tetapi apa yang dipuji ialah memberikan hak yang saksama dan sepatutnya kepada setiap yang berhak. Sifat tawaduk terhadap orang pertengahan atau sederhana dalam masyarakat ialah bersifat mesra ketika bertanya atau meminta, berlemah-lembut ketika bercakap, menerima jemputan dan menyempurnakan hajatnya serta tidak menghina dan menperkecil-kecilkannya.
Wallahua'alam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment