Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela
Tajuk Mudarasah: Cara Merawat Sifat Bangga Diri
Halaman Rujukan Kitab : 412
Nota Mudarasah:
Cara Merawat Sifat Bangga Diri
Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. adalah pemberi nikmat kepada kamu dengan mengadakan kamu dan segala perbuatan kamu. Oleh sebab itu tidak ada ertinya untuk seseorang itu merasa banggal dengan amalannya, atau seorang ilmuan berbangga dengan ilmunya, seorang rupawan dengan kecantikannya dan seorang hartawan dengan kekayaannya. Semua itu adalah kurniaan Allah Taala. Manusia adalah tempat Allah Taala melimpahkan nikmat-Nya dan ini juga merupakan satu nikmat.
Mungkin kamu berkata bahawa sesuatu pekerjaan terlaksana kerana kemampuan dan kekuasaan kamu. Ia terhasil disebabkan usaha, kehendak dan kemampuan kamu. Baik, persoalannya sekarang ialah dari mana datangnya kemampuan kamu itu? Bukankah itu semua adalah daripada Allah Taala?. Jika sesuatu perbuatan itu terhasil disebabkan adanya kemampuan, maka kemampuan itu merupakan kuncinya. Sedangkan kunci itu ada pada Allah Taala, bukannya pada diri kamu. Selagi mana kamu tidak diberikan kuncinya, kamu tidak akan mampu untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, jika kamu berada di sisi gedung yang terkunci, kamu tidak akan dapat mengambil apa-apa pun darinya melainkan setelah kamu diberikan kuncinya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

526 Riwayat al-Bukhari (10/109), Muslim (2816) dan an-Nasaie (8/121).
Sebab-sebab yang mewujudkan sifat bangga diri adalah sama seperti sebab-sebab yang membawa kepada wujudnya sifat takabur. Cara untuk merawatnya juga adalah sama.
Di antara sifat bangga diri yang dapat dilihat ialah bangga dengan keturunan. Sebagaimana seorang yang berketurunan mulia merasakan dirinya akan selamat semata-mata kerana kemuliaan nenek moyangnya. Cara merawatnya ialah dengan dia menyedari bahawa jika sifatnya berlawanan dengan sifat nenek moyangnya. sedangkan dia masih menyangka bahawa dia akan dapat bersama dengan mereka, dia sebenarnya adalah seorang yang bodoh. Manakala jika dia mendakwa mengikuti jejak langkah nenek moyangnya, dia sepatutnya menyedari bahawa sifat ujub bukannya sifat mereka kerana mereka sentiasa bersifat bimbang dan rendah diri.
Mereka dimuliakan oleh Allah adalah kerana sifat taat mereka yang terpuji dan bukannya berdasarkan keturunan. Allah Taala berfirman:

Sabda Nabi s.a.w:

527 Riwayat al-Bukhari (8/386), Muslim (206), at-Tarmizi (3184) dan an-Nasaie daripada Abu Hurairah r.a.. (6/284).
Jika kamu berkata: Sebenarnya orang yang berketurunan mulia berbangga dengan keturunannya itu adalah kerana mengharapkan syafaat kaum kerabatnya.
Jawapannya ialah: Semua orang Islam mengharapkan bantuan atau syafaat sebegini. Kekadang seseorang itu diberikan syafaat selepas dibakar dalam api neraka, tetapi jika dosanya terlampau banyak, bantuan syafaat sebegini tidak akan mencukupi.
Abu Hurairah telah meriwayatkan satu hadis:

528 Riwayat al-Bukhari (6/129), Muslim (1831) dan Ahmad (2/426).
Orang yang bergelumang dengan dosa kerana hanyal mengharapkan bantuan syafaat, samalah seperti pesakit yang terus bergelumang dan asyik dengan nafsu syahwat kerana bergantung harap sepenuhnya dengan kepakaran dan ihsan doktornya. Sikap ini adalah satu kejahilan kerana rawatan doktor hanya mampu merawat sebahagian daripada penyakit dan bukan kesemuanya.
Para sahabat r.a. adalah golongan yang sentiasa takutkan pembalasan hari akhirat. Adakah layak bagi orang yang lebih rendah martabatnya dari para sahabat, hanya mahu pasrah dan berserah semata-mata?.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment