Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela
Tajuk Mudarasah: Cara Merawat Sifat Bangga Diri
Halaman Rujukan Kitab : 414
Nota Mudarasah:
Termasuk juga dalam sifat ujub ialah sikap bangga dengan pandapat atau pandangan yang silap. Firman Allah Taala:

Merawat sifat ujub sebegini lebih susah dari yang lain. Ini kerana, seseorang yang merasa kagum dengan pandangannya, tentunya tidak akan mempedulikan segala nasihat yang diberikan kepadanya. Mana mungkin dia akan meninggalkan sesuatu yang diyakini betul dan selamat?.
Untuk merawatnya, dia perlu sentiasa merasa syak terhadap pandangannya dan tidak terpedaya dengannya sehinggalah dia mempunyai bukti yang jelas berdasarkan al-Quran, as-Sunnah atau dalil aqli yang memenuhi syarat-syaratnya⁵²⁹. Semua itu tidak akan terhasil melainkan dengan mendampingi ahli-ahli ilmu serta mengkaji al-Quran dan as-sunnah.
529 Iaitu selagi mana ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-sunnah.
Mereka yang tidak mempunyai peluang untuk mendalami ilmu pengetahuan, sepatutnya tidak tenggelam dan hanyut dalam perbincangan antara mazhab-mazhab⁵³⁰. Dia sewajarnya berpegang kepada perkara-perkara prinsip dalam agama. Umpamanya beriktikad bahawa Allah Taala itu satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, sebagaimana firman-Nya:

Dia juga hendaklah beriman dengan seluruh isi kandungan al-Quran tanpa membahas atau menapisnya dan menghabiskan usianya ke arah taqwa dan ketaatan kepada Allah. Apabila seseorang itu tidak mampu tetapi masih mahu menceburkan diri dalam perbincangan antara mazhab-mazhab secara mendalam dan mahukan sesuatu yang dia tidak mungkin dapat mengetahuinya, dia akan binasa.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment