Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak Dan Ahli Ibadat
Sub Tajuk: Golongan Pertama: Ulamak
Halaman Rujukan Kitab : 419
Nota Mudarasah:
Ghurur yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadat
Sifat terpedaya ini pada kebiasaannya berlaku kepada empat golongan iaitu golongan ulamak, ahli ibadat, ahli sufi dan hartawan.
Golongan Pertama: Ulamak
Mereka yang terpedaya di kalangan para ulamak terbahagi kepada beberapa kumpulan:
Pertama: Mereka yang telah menguasai ilmu-ilmu syariat dan aqal tetapi cuai dan tidak memelihara anggota badan dari melakukan maksiat atau komitmen dengan ketaatan. Mereka telah terpedaya dengan ilmu yang dimiliki.
Mereka menyangka diri mereka mempunyai kedudukan di sisi Allah. Sekiranya mereka merenung dengan pandangan mata hati, mereka akan mengetahui bahawa tujuan ilmu muamalah (membersih) hati ialah untuk diamalkan. Tanpa amal, mereka tidak akan memiliki apa-apa kelebihan. Firman Allah Taala:
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Dalam ayat ini, Allah Taala tidak menyatakan "berjayalah orang yang belajar bagaimana cara menyucikan jiwa". Jika syaitan mengelirukannya dengan membaca dan menyebut berkenaan kelebihan-kelebihan ahli ilmu, dia perlu mengingati kisah yang berlaku kepada orang alim yang jahat, sebagaimana firman Allah Taala:
كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ
Maka bandingannya (orang yang diberikan pengetahuan berkenaan ayat-ayat Allah) adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
Begitu juga dengan firman-Nya:
كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا
Samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak Dan Ahli Ibadat
Sub Tajuk: Golongan Pertama: Ulamak
Halaman Rujukan Kitab : 419
Nota Mudarasah:
Ghurur yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadat
Sifat terpedaya ini pada kebiasaannya berlaku kepada empat golongan iaitu golongan ulamak, ahli ibadat, ahli sufi dan hartawan.
Golongan Pertama: Ulamak
Mereka yang terpedaya di kalangan para ulamak terbahagi kepada beberapa kumpulan:
Pertama: Mereka yang telah menguasai ilmu-ilmu syariat dan aqal tetapi cuai dan tidak memelihara anggota badan dari melakukan maksiat atau komitmen dengan ketaatan. Mereka telah terpedaya dengan ilmu yang dimiliki.
Mereka menyangka diri mereka mempunyai kedudukan di sisi Allah. Sekiranya mereka merenung dengan pandangan mata hati, mereka akan mengetahui bahawa tujuan ilmu muamalah (membersih) hati ialah untuk diamalkan. Tanpa amal, mereka tidak akan memiliki apa-apa kelebihan. Firman Allah Taala:
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
( As-Shams : 9 )
Dalam ayat ini, Allah Taala tidak menyatakan "berjayalah orang yang belajar bagaimana cara menyucikan jiwa". Jika syaitan mengelirukannya dengan membaca dan menyebut berkenaan kelebihan-kelebihan ahli ilmu, dia perlu mengingati kisah yang berlaku kepada orang alim yang jahat, sebagaimana firman Allah Taala:
Maka bandingannya (orang yang diberikan pengetahuan berkenaan ayat-ayat Allah) adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
( Al-A'raf : 176 )
Begitu juga dengan firman-Nya:
Samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
( Al-Jumuah : 5 ).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment