Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlkau Di Kalangan Ulamak Dan Ahli Ulamak
Sub Tajuk: Golongan Pertama: Ulamak
Halaman Rujukan Kitab : 421
Nota Mudarasah:
Diceritakan bahawa ketika saidina Umar bin al-Khattab r.a. memasuki kota Syam dan berhadapan dengan sebuah kolam air, beliau turun dari untanya lalu menanggalkan kedua khufnya dan memegangnya. Kemudian, beliau mengharungi air itu bersama dengan untanya. Pada ketika itu Abu Ubaidah berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang menggemparkan seluruh penduduk bumi. Lalu Umar menepuk tangannya ke dada Abu Ubaidah sambil berkata: Oh! Aku lebih suka kalau orang lain yang berkata demikian, wahai Abu Ubaidah. Sesungguhnya kamu dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kamu dengan rasul-Nya. Sekiranya kamu mencari kemuliaan selain dari apa yang dibawa oleh rasul-Nya, Allah akan menghina kamu.⁵³⁷
537 Riwayat al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak (2/82). Sanadnya diakui sahih.
Dalam riwayat yang lain: Ketika beliau memasuki Syam, orang ramai menyambutnya dalam keadaan dia masih menunggang untanya, lalu dikatakan kepadanya: Alangkah baik kalau kamu menaiki kuda 'birzaun"⁵³⁸ ini, untuk berjumpa dengan orang ternama nanti. Lalu Umar berkata: Pergi dari sini! Seseungguhnya setiap perkara itu dari sana - sambil beliau mengisyaratkan dengan tangannya ke langit-. Berikan laluan untuk untaku.
538 Iaitu sejenis kuda dan baghal yang berasal dari luar tanah Arab.
Suatu yang menghairankan apabila terdapat seseorang yang terpedaya mencari kemuliaan duniawi dengan pakaian yang mewah, kenderaan yang hebat dan sebagainya. Apabila terlintas di hatinya perasaan riya', dia akan mentakwilkannya dengan berkata: "Tujuan aku melakukan ini ialah untuk memperlihatkan ilmu dan amal, supaya orang ramai mengikutiku dan berminat dengan ajaran agama". Jika benar niatnya itu, dia tetap akan gembira apabila orang ramai mengikuti orang lain, sebagaimana gembiranya dia apabila mereka menjadi pengikutnya. Ini kerana, sesiapa yang niatnya untuk membetulkan masyarakat, dia tetap gembira dengan kebaikan akhlak masyarakat tersebut, walau melalui sesiapa pun.
Demikian juga jika ada di kalangan mereka yang mendampingi sultan atau pemerintah, berbuat baik kepadanya (agar pemerintah mengasihinya), memuji dan menunjukkan sifat rendah diri di hadapannya, kemudian berkata: "Tujuan aku hanya untuk memohon pertolongan bagi pihak seseorang Islam atau untuk menghindarkan kemudaratan darinya", sedangkan Allah mengetahui, sekiranya sebahagian sahabatnya lebih diterima dan mendapat reaksi positif daripada pemerintah, pasti sukar untuk dia menerima kenyataan tersebut.
Mereka terus terpedaya sehingga mereka tergamak mengambil harta kurniaan sultan, sedangkan ia daripada sumber yang haram. Mereka berkata: "Harta ini tiada pemiliknya, oleh itu ia adalah untuk kepentingan seluruh orang Islam, dan kamu adalah salah seorang pemimpin mereka". Dengan itu dia telah merubah kedudukan sebenar harta tersebut berdasarkan pandangannya demi kepentingan dirinya sendiri. Mungkin dia seorang daripada pembohong apabila dia menyatakan bahawa harta itu bukanlah kepunyaan sesiapa. Ini kerana, asas kepada perkara ini ialah harta tersebut telah bercampur aduk dan itu tidak menghalang in menjadi haram dan dia pula mungkin mengetahui siapakah tuan harta tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment