Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Pertama: Ulamak
Halaman Rujukan Kitab : 425
Nota Mudarasah:
Kelima: Golongan yang mementingkan ilmu cara berdebat dan berhujah dengan mengikut hawa nafsu bagi menolak orang yang menentang pendapat mereka.
Mereka ini terbahagi kepada dua golongan:
i) Golongan yang sesat.
ii) Golongan yang benar.
Golongan yang sesat ialah golongan yang menyeru kepada selain dari sunnah nabi. Manakala golongan yang benar adalah golongan yang menyeru kepada as-sunnah. Namun demikian, sifat terpedaya tidak hanya menyerang golongan sesat sahaja, malah turut menyerang golongan yang benar.
Kepada mereka yang sesat, sifat terpedaya mereka adalah jelas. Manakala golongan yang benar pula, mereka terpedaya kerana mereka menganggap bahawa perdebatan itu adalah perkara terpenting dan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka juga mendakwa bahawa agama seseorang itu tidak sempurna selagimana dia tidak berbahas, dan sesiapa yang mempercayai Allah dan rasul-Nya tanpa memperincikan dalilnya, maka imannya tidak sempurna.
Demi mempertahankan pandangan yang rosak ini, mereka sanggup menghabiskan usia dengan mempelajari ilmu perdebatan dan mengkaji berbagai pegangan dan pendapat dalam ilmu kalam. Mata mereka telah buta dari melihat kebenaran. Tidakkah mereka melihat sejarah umat Islam di kurun pertama dahulu di mana Nabi s.a.w. telah memperakui mereka sebagai umat terbaik?. Mereka mengetahui berkenaan perkara-perkara bid'aah dan nafsu syahwat, tetapi mereka tidak menjadikan agama mereka sebagai bahan untuk diperbahas dan dipertelingkahkan serta tidak menghabiskan umur dengan perkara-perkara tersebut. Bahkan perkara tersebut tidak melalaikan mereka daripada tanggungjawab membersihakn hati dan memelihara anggota badan dari melakukan maksiat. Mereka terlibat dalam perdebatan mengenai perkara-perkara agama han lah semata-mata untuk menyanggah sesuatu kesesatan. Seandainya mereka melihat seseorang itu berterusan melakukan perkara-perkara bid'ah, mereka segera memulaukannya tanpa bertekak atau berdebat.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدَى إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ
Sesuatu kaum itu tidak akan sesat setelah mendapat petunjuk melainkan jika mereka dihinggapi penyakit suka berdebat.⁵⁴²
542 Riwayat Ahmad (5/552 & 256), at-Tarmizi (3306), Ibnu Majah (48), al-Hakim (2/447 &448), Ibnu Jarir (25/88) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir, (8067) daripada Abi Umamah r.a. dengan sanad yang sahih.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment