Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Pertama: Ulamak
Halaman Rujukan Kitab : 426
Nota Mudarasah:
Keenam: Golongan yang sibuk bergiat dalam memberi peringatan dan tunjuk ajar. Orang yang paling tinggi martabatnya di kalangan golongan ini ialah orang yang bercakap memberi tunjuk ajar berkenaan budi pekerti dan sifat-sifat hati seperti perasaan takut, mengharap, sabar, syukur, tawakal, zuhud, yakin dan ikhlas. Mereka merasakan bahawa apabila mereka memperkatakan tentang sifat-sifat ini, mereka memiliki sifat-sifat tersebut dan bebas dari penyakit-penyakit hati. Sedangkan pada hakikatnya mereka tidak sedemikian. Golongan ini menyeru orang lain kepada Allah, tetapi mereka sendiri lari darinya. Mereka ini merupakan orang yang paling lalai dan terpedaya.
Antara mereka juga ada yang terkeluar dari metod nasihat yang sebenarnya sehingga kata-kata nasihat mereka dipenuhi dengan dakwaan-dakwaan melampau dan mengelirukan yang terkeluar dari ruh syarak dan batasan akal, semata-mata ingin mencari suatu kelainan.
Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalunkan syair syair tentang cinta ketuhanan yang mengsyahdukan. Tujuan mereka ialah supaya majlis tazkirah tersebut dipenuhi dengan esak tangis dan rasa kerinduan yang mendalam, sekalipun dengan tujuan yang salah. Mereka ini adalah syaitan-syaitan manusia.
Di antara mereka ada yang menghabiskan masa dengan mendengar hadis serta mengumpul pelbagai jalan riwayat dan sanad-sanadnya yang gharib dan tinggi (al-'aliyah)⁵⁴³. Mereka akan menjelajahi pelusuk negeri untuk berjumpa syeikh-syeikh hadis agar dapatlah nanti dia berkata: "Aku meriwayatkannya dari si fulan. aku telah berjumpa si fulan, dan orang lain tidak mempunyai sanad sepertimana yang aku ada".
543 Sanad yang tinggi (al-'aliyah) ialah sanad yang mempunyai beberapa orang perawi sahaja (sanad yang pendek)
Di antara mereka juga ada yang sibuk dengan ilmu nahu, bahasa dan syair. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah ulamak ummah (kebanggaan masyarakat). Mereka menghabiskan usia dengan mengkaji ilmu nahu dan bahasa secara mendalam. Kalaulah mereka ini benar-benar waras, mereka akan sedar bahawa usia yang dipersia-siakan dengan mengkaji bahasa Arab samalah dengan membazirkan usianya dengan mengkaji bahasa Turki. Cuma, yang membezakan antara kedua bahasa tersebut ialah syariat diturunkan dalam Bahasa Arab.
Memadailah mempelajari bahasa arab dalam perkara yang berkait dengan kalimah-kalimah yang sukar difahami (al-gharib) sama ada yang terdapat dalam al-Quran atau as-sunnah. Manakala ilmu nahu (tata bahasa Arab) pula cukuplah sekadar untuk membetulkan lidah dari tersalah sebut (dari segi baris dan lafaznya). Kajian yang mendalam terhadap ilmu tanpa had boleh menyibukkan dia dari mengkaji apa yang lebih berguna dan penting.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment