Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Kedua: Ahli Ibadat dan Golongan yang Kuat Beramal
Halaman Rujukan Kitab : 428
Nota Mudarasah:
Golongan Kedua: Ahli Ibadat dan Golongan yang Kuat Beramal
Mereka terbahagi kepada beberapa golongan. Antaranya:
Pertama: Golongan yang mengabaikan amalan fardu kerana sibuk dengan amalan sunat dan amalan yang banyak fadilat (al fadhaail). Mereka begitu teliti dalam berwuduk sehingga membawa kepada perasaan was-was. Dengan itu, kamu mungkin akan dapati seseorang daripada mereka yang tidak berpuas hati dengan kesucian air walaupun air itu dihukum suci oleh syarak. Bahkan dia membuat pelbagai andaian yang tidak munasabah bagi menyatakan bahawa air itu mungkin air yang bernajis. Peliknya, dia tidak pula membuat andaian berlebihan sebegini pada makanannya. Kalaulah dia mengubah sikap berhati-hati itu dari perkara yang berkait dengan air untuk bersuci kepada perkara berkenaan makanan, sudah tentu dia akan menyerupai amalan golongan salafussoleh.
Umar r.a. pernah berwuduk dengan menggunakan bekas seorang perempuan Nasrani dalam keadaan ia boleh diandaikan bernajis. Dalam masa yang sama beliau meninggalkan beberapa jenis makanan yang halal kerana takut tergelincir dalam perkara yang haram.
Nabi s.a.w. juga pernah berwuduk dengan menggunakan bekas seorang perempuan yang bukan Islam.⁵⁴⁵
545 Petikan dari hadis yang panjang yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari (1/379), daripada Imran r.a...
Di antara golongan ini ada yang melampau dalam menggunakan air ketika berwuduk serta berwuduk dalam tempoh yang lama sehingga terlepas waktu sembahyang.
Antara mereka ada yang was-was ketika takbiratul ihram' sehingga kadang-kadang terlepas satu rakaat bersama imam.
Di antara mereka juga ada yang was-was dalam menyebut huruf-huruf ketika membaca al-fatihah dan bacaan-bacaan yang lain. Ia terlalu mengambil berat terhadap huruf-huruf yang bertasydid', perbezaan sebutan antara huruf 'dhad(ض) dan 'dza'( ß), lebih dari yang perlu atau yang sepatutnya diketahui. Begitulah seterusnya dalam perkara yang lain. Ketelitian mereka dalam perkara ini menyebabkan mereka hilang tumpuan ke arah memahami makna-makna kalimah tersebut dan pengajaran-pengajaran yang ada padanya. Ini adalah ghurur yang paling teruk. Manusia tidak dibebankan untuk membaca al-Quran dengan sebutan makhraj huruf yang setepatnya, tetapi memadailah dengan sebutan biasa yang digunakan dalam percakapan.
Bandingan orang yang seperti ini ialah seumpama seorang yang diarahkan supaya membawa satu risalah kepada sultan. Lalu dia membacakan risalah itu untuk sultan dengan menyebut hurufnya dengan tepat dan teliti satu persatu serta berulang-ulang kali. Hal ini menyebabkan dia lupa kandungan sebenar risalah yang dibaca dan pantang larang majlis mengadap sultan tersebut. Oleh itu, alangkah layaknya jika dia dihalau dan dihukum.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment