Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Kedua: Ahli Ibadat dan Golongan yang Kuat Beramal
Halaman Rujukan Kitab : 430
Nota Mudarasah:
Kedua: Golongan yang terpedaya dengan bacaan al-Quran. Mereka membaca al-Quran dengan cepat dan terburu-buru. Mungkin mereka dapat menghabiskannya dua kali sehari. Lidah seseorang dari mereka kelihatan membaca, tetapi hatinya melayang-layang di alam khayalan. Dia tidak memikirkan tentang makna-makna al-Quran dan tidak mengambil peringatan darinya. Dia juga tidak memerhatikan ayat-ayat berkenaan suruhan dan larangan yang terdapat dalam al-Quran. Dia terpedaya kerana menyangka bahawa al-Quran hanya untuk dibaca.
Bandingannya adalah seperti seorang hamba yang diberikan sekeping memo yang mengandungi suruhan dan larangan dari tuannya. Dia tidak cuba untuk memahami dan menurutinya. Bahkan dia hanya bertindak menghafaz dan mengulangi bacaan memo tersebut. Dia menyangka itulah yang dikehendaki oleh tuannya sekalipun tindak tanduk dan perbuatannya (selepas itu) terus melanggar arahan dan larangan yang terkandung dalam memo tuannya itu.
Di antara mereka ada yang merasa seronok dengan suaranya ketika membaca al-Quran, tanpa mengendahkan maknanya. Sepatutnya dia selidiki hatinya betul-betul supaya dia tahu bahawa apakah rasa seronok dan nikmatnya itu dengan sebab mendengar susur atur firman Allah yang menarik itu atau dengan sebab mendengar suaranya yang lunak merdu atau dengan sebab mendengar dan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya?!
Ketiga: Golongan yang terpedaya dengan puasa yang banyak, tetapi mereka tidak menjaga lidah dari mengumpat dan bercakap dalam perkara yang sia-sia. Mereka juga tidak menjaga perut dari makanan haram ketika berbuka dan tidak menjaga hati dari perasaan riya'.
Di antara golongan ini ada yang terpedaya ketika menunaikan ibadat haji. Mereka keluar menunaikan haji tanpa memulangkan terlebih dahulu hak orang lain yang diambil secara zalim, tidak melunaskan hutang dan memohon keredaan kedua ibubapa serta tidak mencari bekalan yang halal. Mungkin mereka melakukan sedemikian selepas gugurnya kefarduan haji ke atasnya (kerana telah mengerjakan haji sebelum itu).
Mereka ini cuai dalam mengerjakan ibadat dan sembahyang fardu ketika dalam perjalanan pergi menunaikan ibadat haji. Mereka gagal membersihkan pakaian dan badan mereka dari perkara-perkara yang diharamkan. Mereka juga tidak memelihara diri daripada kata-kata keji dan pertengkaran. Walaupun mereka lakukan itu semua tetapi mereka masih menyangka melakukan kebaikan sedangkan mereka sebenarnya terpedaya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment