Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Kedua: Ahli Ibadat dan Golongan yang Kuat Beramal
Halaman Rujukan Kitab : 431
Nota Mudarasah:
Keempat: Golongan yang menyeru supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tetapi mereka lupa diri mereka sendiri.
Di kalangan mereka ada yang menjadi imam di masjid. Jika datang orang yang lebih wara' dan lebih alim darinya ia merasa berat hati untuk membenarkan orang itu menjadi imam.
Di antara golongan ini ada yang menjadi tukang azan. Dia mengatakan bahawa ia adalah kerana Allah. Namun begitu, jika ada orang lain yang melaungkan azan ketika ketiadaannya, dia akan merasa marah dan berkata: "Ada orang yang ingin merebut kedudukanku ini".
Di kalangan mereka juga ada yang mendiami Mekah atau Madinah sedangkan hatinya teringatkan negara asalnya. Dia mengambil kira sebutan orang mengenainya: "Dia tu tinggal di Mekah atau di Madinah". Dia mendiami Tanah Suci tetapi begitu rakus mengharapkan daki-daki manusia (pujian dan rasa kagum mereka terhadapnya kerana tinggal di tempat suci). Kadang kadang dia memang memasang tujuan itu di dalam lubuk hatinya dan seboleh-bolehnya dia mahu memiliki sebutan itu seorang diri. Dengan itu terhimpunlah di dalam dirinya beberapa jenis penyakit hati yang membinasakan.
Setiap perbuatan tidak terlepas dari penyakit-penyakit. Sesiapa yang tidak mengenali penyakit-penyakit tersebut, dia akan terjebak ke dalamnya. Sesiapa yang ingin mengetahui dan mengenalinya, hendaklah dia menyelusuri kitab ini. Bacalah berkenaan bencana sifat riya' yang berlaku pada ibadat-ibadat seperti puasa, sembahyang dan semua amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Ini boleh dirujuk di dalam bab-bab yang telah disusun dalam kitab ini. Tujuan sebenar sekarang hanyalah isyarat ringkas supaya melihat semula kepada bab-bab berkenaan yang telah dibentangkan sebelum ini.
Kelima: Golongan yang zuhud dalam harta, berpada dengan pakaian dan makanan yang yang ala kadar serta tinggal di masjid masjid. Mereka menyangka bahawa mereka telah mencapai martabat orang yang zuhud. Pada masa yang sama, mereka sebenarnya adalah golongan yang amat inginkan kepada kedudukan dan sanjungan. Mereka sebenarnya telah meninggalkan perkara yang paling remeh⁵⁴⁶ tetapi melibatkan diri dengan penyakit paling besar yang akan membinasakan dirinya (iaitu mencari kedudukan dan sanjungan).
546 Iaitu mencari kesenangan dunia yang tidak mendatangkan apa-apa masalah pada agama seseorang selama mana tidak melanggar peraturan syarak-pent.
Keenam: Golongan yang sibuk melakukan ibadat-ibadat sunat tetapi tidak mengambil berat terhadap ibadat yang wajib. Dengan itu, kamu dapati seseorang di kalangan mereka merasa bangga dengan bersembahyang dhuha dan qiamullail tetapi tidak berselera untuk mengerjakan ibadat wajib serta tidak bersegera menunaikannya pada awal waktu. Dia lupa kepada satu hadis qudsi yang bermaksud:
Ibadat yang paling mendekatkan diri seseorang hamba kepada-Ku ialah ibadat yang Aku telah fardukan ke atas mereka.⁵⁴⁷
547 Petikan hadis yang panjang riwayat al-Bukhari, (11/292, 296), dari hadis Abu Hurairah r.a..
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment