Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Ghurur Yang Berlaku Di Kalangan Ulamak dan Ahli Ibadah
Sub Tajuk: Golongan Ketiga: Ahli Sufi
Halaman Rujukan Kitab : 434
Nota Mudarasah:
Ketiga: Mereka yang mengenepikan hukum syarak. Mereka menolak segala hukum-hakam dan menyamakan antara perkara halal dan haram. Sebahagian mereka mengatakan: "Allah tidak berhajatpun kepada amalanku, oleh itu kenapa aku perlu berpenat lelah beribadat kepada-Nya."
Sebahagian mereka pula berkata: Tidak ada nilainya amalan anggota badan. Apa yang penting ialah memberi perhatian kepada amalan hati. Sememangnya hati kami sangat kasihkan Allah dan telah sampai ke tahap mengenali-Nya. Kami mengharungi dunia dengan badan sahaja, tetapi hati kami tetap di alam Rabbani. Kami menurut hawa nafsu secara luaran sahaja tidak dengan hati kami".
Mereka mendakwa sudah melepasi martabat orang awam dan tidak perlu mendidik jiwa dengan ibadat luaran. Keinginan syahwat kononnya tidak mampu menghalang mereka dari jalan Allah kerana kekuatan rohani mereka yang mampu menghadapinya. Mereka sanggup mengangkat diri lebih tinggi dari darjat para nabi kerana para nabi menangis bertahun-tahun lamanya lantaran satu kesilapan yang dilakukan.
Jumlah golongan terpedaya yang terdiri daripada mereka yang membolehkan semua perkara ini adalah tidak terhitung. Semua ini berlaku angkara silap faham dan sangkaan yang tidak berasas. Mereka mudah ditipu dan diperdaya oleh syaitan kerana mereka sibuk bermujahadah tanpa benar-benar memiliki ilmu. Mereka juga tidak merujuk kepada guru yang berilmu, soleh dan kuat pegangan agamanya untuk mereka ikutinya.
Keempat: Mereka yang telah melangkah jauh melepasi jalan ini dan sibuk dengan mujahadah melawan nafsu. Mereka bermula dengan menerokai jalan menuju kepada Allah sehingga pintu-pintu makrifat mula terbuka untuk mereka. Apabila mereka menghirup udara segar asas-asas makrifat, mereka bergembira dan merasa kagum terhadap beberapa keunikan yang mereka dapati. Hati mereka sentiasa tertumpu kepadanya dan memikirkan kenapa pintu makrifat ini terbuka kepada mereka, tidak kepada orang lain. Semua itu menyebabkan mereka terpedaya. Ini kerana keajaiban jalan Allah tiada penghujungnya. Oleh itu, jika mereka berhenti pada satu-satu keajaiban dan terikat dengannya sahaja, nescaya mereka tidak akan dapat mencapai matlamat sebenarnya. Contohnya sama seperti seorang yang berhasrat untuk bertemu dengan raja. Di pintu istana raja, dia berhenti kerana terpesona melihat taman-taman yang dipenuhi bunga yang tidak pernah dilihatnya. Dia akhirnya menghabiskan masanya dengan melihat bunga-bungaan tersebut sehingga tamat tempoh yang diperuntukkan kepadanya untuk bertemu dengan raja tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment