Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 25: Al-Ghurur (Terpedaya) Bahagian Dan Peringkatnya
Tajuk Mudarasah: Tiga Perkara yang Diperlukan untuk Membebaskan Diri dari Sifat al-Ghurur
Halaman Rujukan Kitab : 437
Nota Mudarasah:
Tiga Perkara yang Diperlukan untuk Membebaskan Diri dari Sifat al-Ghurur
Pertama: Akal. Ia merupakan cahaya asli yang menjadikan manusia dapat menilai hakikat sesuatu perkara.
Kedua: Makrifah. Malalui makrifah, manusia dapat mengenali diri, Tuhan, dunia dan akhiratnya.
Dalam bab mahabbah (kecintaan), huraian berkenaan keajaiban hati, tafakkur (berfikir) dan bab bersyukur, terdapat isyarat-isyarat ringkas tentang sifat-sifat nafsu dan sifat-sifat keagongan Allah Taala.
Untuk mengenali dunia dan akhirat, kita boleh berpandu kepada bab "Mencela Dunia" dan bab "Mengingati Mati". Apabila pengetahuan ini terhasil, dia akan mula mengenali Allah dan dengannya, lahirlah perasaan cinta kepada-Nya. Dengan mengenali akhirat, ia akan melahirkan rasa cinta dan tertarik kepadanya (kerana kenikmatan yang diberikan kepada orang yang baik). Dengan mengenali dunia pula ia akan melahirkan rasa benci dan ingin melarikan diri darinya (kerana banyak bencana-bencananya).
Dengan itu, perkara terpenting baginya hanyalah apa yang dapat menghubung atau menyampaikannya kepada Allah Taala dan yang akan memberi manfaat kepadanya di hari akhirat. Jika kehendak-kehendak sebegini yang bertakhta di hati, niatnya akan menjadi betul dalam semua perkara dan segala sifat terpedaya akan dapat dihindarinya.
Apabila kecintaan kepada Allah sudah bertakhta di hati, hasil dari dia mengenali Allah dan dirinya sendiri, dia akan memerlukan perkara yang ketiga iaitu ilmu.
Ketiga: Ilmu. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah mengetahui cara-cara meneroka jalan menuju kepada Allah dan segala penyakit yang boleh merosakkannya serta mengetahui perkara-perkara yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah dan memberi petunjuk kepadanya. Semua ini ada dijelaskan dalam kitab kita ini.
Dalam bahagian “Ibadat dan Adat-adat", dapat diketahui segala perkara yang diperlukan atau yang tidak diperlukan lalu mendorong agar berperilaku dengan pekerti yang digariskan syarak.
Dalam bahagian "Perkara-perkara Yang Membinasakan", dapat diketahui onak dan duri yang boleh menghalang dari jalan Allah iaitu segala sifat-sifat tercela.
Dalam bahagian Perkara-perkara Yang Menyelamatkan" pula dapat diketahui sifat-sifat terpuji yang mesti mengambil alih tempat sifat mazmumah setelah ia disingkirkan.
Apabila seseorang mengetahui kesemua itu, dia akan dapat memelihara dirinya dari segala ciri-ciri terpedaya yang telah dinyatakan sebelum ini. Wallahua'alam.
Apabila semua perkara tersebut telah dilakukannya, dia sepatutnya bimbang dan takut kepada tipudaya syaitan yang akan menipunya kembali dan seruannya kepada cintakan jawatan menjadi pemimpin. Dia juga sepatutnya merasa takut dan bimbang kalau dirinya merasa selamat dari berhadapan dengan ujian Allah s.w.t..
Oleh sebab itu ada dikatakan bahawa: "Orang yang ikhlas sentiasa berada dalam keadaan yang berbahaya".⁵⁴⁸
548 Potongan dari hadis maudu' yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. oleh orang awam dan pemberi-pemberi peringatan. Lihat kitab al Maudhuat (39) oleh as-Saghani, kitab al-Fawaid al-Majmu'ah (257) oleh as-Syaukani, kitab Kasyful Khafa' (2/433) oleh al-'Ajluni, kitab Silsilah al-Ahadith ad-Dho'iefah (1/89) oleh al-Albani dan kitab Asnal Matolib (240) oleh al-Hut al-Beiruti.
Ketika syaitan menggoda Imam Ahmd r.hm. sejurus sebelum kematiannya dengan katanya: "Sekarang engkau telah terlepas dari godaan aku". Lalu beliau menjawab: Tidak!, Belum lagi.⁵⁴⁹
549 Maksudnya; Tidak, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah aku belum terlepas dari sebarang bentuk syirik.
Perasaan takut ini tidak sepatutnya berpisah dari hati para aulia' (kekasih Allah Taala) selama-lamanya. Kita berdoa kepada Allah Taala agar diselamatkan daripada sifat ghurur dan memohon supaya dimatikan dalam kesudahan yang baik.Sesungguhnya Allah Taala begitu hampir dan memperkenankan setiap permohonan.
Selesailah sudah bab ghurur (terpedaya) dan dengan itu maka berakhirlah suku ketiga kitab ini iaitu bahagian "Perkara-perkara Yang Membinasakan". Kini kita akan memasuki suku keempat iaitu bahagian “Perkara-perkara Yang Menyelamatkan".
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment