Sunday, 17 October 2021

SIRI 147 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Tajuk Mudarasah: Pengenalan Berkaitan Taubat

Halaman Rujukan Kitab : 443

Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa, dosa merupakan penghalang antara manusia dengan Tuhannya. Justeru, berpaling meninggalkan perkara-perkara yang menjauhkan seseorang daripada Allah adalah satu kewajipan. Proses ini tidak dapat dilakukan sepenuhnya melainkan dengan ilmu, penyesalan dan keazaman.

Jika seseorang tidak mengetahui bahawa dosa yang dilakukannya itu adalah faktor yang menjauhkan dirinya daripada kekasihnya (Allah), dia tentu tidak akan menyesal terhadap dosa tersebut.

Dia sekali-kali tidak akan menyesal atau merasa sakit dengan penyelewengannya itu. Jika hatinya tidak merasa sakit, sudah tentu dia tidak akan kembali ke jalan yang sebenarnya.

Allah Taala telah memerintahkan manusia supaya bertaubat sepertimana firman-Nya:
وَتوبوا إِلَى اللهِ جَميعًا أَيُّهَ المُؤمِنونَ لَعَلَّكُم تُفلِحون
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( An-Nur : 31 )

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha.
( At-Tahrim : 8 )

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.

( Al-Baqarah : 222 )

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment