Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Jenis-Jenis Dosa
Halaman Rujukan Kitab : 450
Nota Mudarasah:
Ibnu Umar r.a. pula mengatakan ada tujuh perkara. Ketika kenyataan Ibnu Umar r.a. itu sampai ke pengetahuan Ibnu Abbas r.a., beliau menyatakan bahawa adalah lebih hampir tepat jika dikatakan tujuh puluh perkara bukannya tujuh.
Abu Saleh meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata: Dosa besar ialah setiap dosa yang diwajibkan hukuman hudud ke atas pelakunya di dunia. Ibnu Mas'ud r.a. pula berpendapat bahawa dosa-dosa besar itu ada dinyatakan pada permulaan surah an-Nisa' sehingga ayat 31 iaitu:
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang kamu dilarang melakukannya.
Said bin Jubair r.a. berkata: Dosa besar itu ialah setiap dosa yang dijanjikan neraka oleh Allah Taala.
Abu Talib al-Makki pula berkata: Hasil usahaku menghimpunkannya dari hadis-hadis, aku dapati bahawa dosa-dosa besar itu ada tujuh belas perkara kesemuanya iaitu:
Empat dosa yang dilakukan dengan hati iaitu syirik, berazam melakukan maksiat secara berterusan dan putus asa dari rahmat Allah serta merasa selesa dan selamat dari perancangan atau ujian Allah Taala.
Empat dosa yang dilakukan melalui lidah iaitu saksi palsu, qazaf (menuduh perempuan baik berzina), sumpah dusta dan sihir.
Tiga dosa pula berlaku di perut iaitu minum arak, makan harta anak yatim secara zalim dan makan riba.
Dua dosa melalui kemaluan iaitu zina dan liwat.
Dua dosa melalui tangan iaitu membunuh dan mencuri.
Satu dosa dilakukan dengan kaki iaitu lari dari medan perang.
Dan satu dosa lagi dilakukan oleh seluruh badan iaitu derhaka pada kedua ibu bapa. Kadar kedahsyatan dosa-dosa ini boleh bertambah ataupun berkurang. Dosa memukul dan menyiksa anak yatim sudah tentu lebih berat dari hanya memakan hartanya yang juga merupakan dosa besar.
Wallahua'alam
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

( An-Nisa' : 31 )

No comments:
Post a Comment