Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Sebab-sebab Dosa Kecil Menjadi Besar
Halaman Rujukan Kitab : 456
Nota Mudarasah:
iii. Merasa gembira dengan kesalahan tersebut dan memuji mujinya.
Contohnya seperti seseorang berkata: Tidakkah kamu melihat bagaimana hebatnya aku menjatuhkan maruahnya dan menyebut kecacatannya sehingga dapat memalukannya?. Atau kata-kata seorang peniaga: Tidakkah kamu melihat bagaimana senangnya aku dapat menipunya dengan memberinya barang yang palsu, bagaimana aku dapat membohongi dan mengalahkannya?. Tindakan-tindakan sebegini menyebabkan sesuatu dosa kecil itu menjadi besar.
iv. Memperlekehkan perlindungan Allah apabila Allah menutup segala kesalahan dan berlembut dengannya (walaupun dia melakukan dosa) serta menangguhkan pembalasan dosa yang dilakukannya. Dia sebenarnya tidak menyedari bahawa kemungkinan penangguhan tersebut adalah kerana kemurkaan-Nya agar dengan penangguhan tersebut, dia lebih banyak melakukan dosa.
v. Menyebut-nyebut dosa yang dilakukannya itu di khalayak ramai.
Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللهُ، فَيَقُولَ: يَا فُلَانُ ! عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ
Semua umatku akan diampunkan kecuali orang yang menzahirkan dosanya di khalayak ramai. Antaranya: Seorang yang melakukan suatu amalan buruk pada waktu malam, kemudian menceritakannya kepada orang ramai pada waktu pagi sedangkan Allah Taala telah menyembunyikan perbuatannya itu dari pengetahuan orang ramai. Dia bercerita: Wahai fulan, aku malam tadi telah melakukan itu dan ini. Dia tidur dalam keadaan Allah telah menyembunyikan dosanya dari pengetahuan orang ramai tetapi sebaik dia bangun di pagi hari dia mendedahkan keaibannya yang telah ditutup oleh Allah Taala.⁵⁶⁵
565 Riwayat al-Bukhari (10/405) dan Muslim (2990).
vi. Apabila dosa itu dilakukan oleh seorang alim yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat.
Sekiranya diketahui dia melakukan dosa, ia dianggap suatu dosa yang besar baginya. Contohnya apabila dia memakai sutera, bersekutu dengan pihak yang zalim tanpa menegur mereka, lidah yang lancang menyentuh maruah orang lain, sibuk dengan sesuatu ilmu dengan tujuan mencapai kedudukan yang tinggi seperti ilmu perdebatan dan lain-lain. Dosa-dosa ini pula menjadi ikutan kepada pengikutnya. Apabila dia mati, kejahatannya itu terus kekal dan berkembang biak di dunia. Beruntunglah bagi seseorang yang mati dan dosa-dosanya turut mati bersamanya.
Dalam satu hadis menyebutkan:
مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا
Siapa yang melakukan satu perkara yang tidak baik dalam Islam, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang ikut melakukannya selepas darinya tanpa berkurang sedikit pun dosa- dosa itu.⁵⁶⁶
566 Riwayat Muslim (1017), an-Nasaie (5/75, 76), Ahmad (4/357, 360, 361 & 362), Ibnu Majah (203) dan Humaidi (806).
Justeru seorang alim mempunyai dua peranan:
Pertama: Meninggalkan dosa.
Kedua: Menyembunyikannya apabila dia melakukannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Sebab-sebab Dosa Kecil Menjadi Besar
Halaman Rujukan Kitab : 456
Nota Mudarasah:
iii. Merasa gembira dengan kesalahan tersebut dan memuji mujinya.
Contohnya seperti seseorang berkata: Tidakkah kamu melihat bagaimana hebatnya aku menjatuhkan maruahnya dan menyebut kecacatannya sehingga dapat memalukannya?. Atau kata-kata seorang peniaga: Tidakkah kamu melihat bagaimana senangnya aku dapat menipunya dengan memberinya barang yang palsu, bagaimana aku dapat membohongi dan mengalahkannya?. Tindakan-tindakan sebegini menyebabkan sesuatu dosa kecil itu menjadi besar.
iv. Memperlekehkan perlindungan Allah apabila Allah menutup segala kesalahan dan berlembut dengannya (walaupun dia melakukan dosa) serta menangguhkan pembalasan dosa yang dilakukannya. Dia sebenarnya tidak menyedari bahawa kemungkinan penangguhan tersebut adalah kerana kemurkaan-Nya agar dengan penangguhan tersebut, dia lebih banyak melakukan dosa.
v. Menyebut-nyebut dosa yang dilakukannya itu di khalayak ramai.
Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Semua umatku akan diampunkan kecuali orang yang menzahirkan dosanya di khalayak ramai. Antaranya: Seorang yang melakukan suatu amalan buruk pada waktu malam, kemudian menceritakannya kepada orang ramai pada waktu pagi sedangkan Allah Taala telah menyembunyikan perbuatannya itu dari pengetahuan orang ramai. Dia bercerita: Wahai fulan, aku malam tadi telah melakukan itu dan ini. Dia tidur dalam keadaan Allah telah menyembunyikan dosanya dari pengetahuan orang ramai tetapi sebaik dia bangun di pagi hari dia mendedahkan keaibannya yang telah ditutup oleh Allah Taala.⁵⁶⁵
vi. Apabila dosa itu dilakukan oleh seorang alim yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat.
Sekiranya diketahui dia melakukan dosa, ia dianggap suatu dosa yang besar baginya. Contohnya apabila dia memakai sutera, bersekutu dengan pihak yang zalim tanpa menegur mereka, lidah yang lancang menyentuh maruah orang lain, sibuk dengan sesuatu ilmu dengan tujuan mencapai kedudukan yang tinggi seperti ilmu perdebatan dan lain-lain. Dosa-dosa ini pula menjadi ikutan kepada pengikutnya. Apabila dia mati, kejahatannya itu terus kekal dan berkembang biak di dunia. Beruntunglah bagi seseorang yang mati dan dosa-dosanya turut mati bersamanya.
Dalam satu hadis menyebutkan:
Siapa yang melakukan satu perkara yang tidak baik dalam Islam, dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang ikut melakukannya selepas darinya tanpa berkurang sedikit pun dosa- dosa itu.⁵⁶⁶
Justeru seorang alim mempunyai dua peranan:
Pertama: Meninggalkan dosa.
Kedua: Menyembunyikannya apabila dia melakukannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment