Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Syukur
Sub Tajuk: Bagaimana Mengendalikan Nikmat Allah?
Halaman Rujukan Kitab : 493
Mudarasah bermula pada minit ke 6:39
Nota Mudarasah:
Perlu diketahui bahawa tujuan Allah mencipta makhluk dan dunia beserta dengan segala sebab musababnya ialah supaya manusia dapat menggunakannya untuk sampai kepada Allah Taala. Seseorang itu hanya akan sampai kepada Allah apabila wujudnya perasaan kasih dan mesra dengan-Nya di dunia serta jauh dari tipudaya dunia. Kemesraan itu pula hanya akan wujud dengan sentiasa mengingati-Nya. Begitu juga perasaan kasih, ia akan terhasil melalui makrifat yang diperolehi hasil dari sentiasa berfikir tentang kebesaran-Nya. Seseorang itu tidak mungkin dapat berfikir dan mengingati Allah, melainkan dengan adanya kesinambungan tubuh badan. Badan tidak akan kekal atau bertahan lama tanpa adanya bumi, air dan udara. Semua itu pula tidak akan sempurna kecuali setelah diciptakan langit, bumi dan seluruh anggota badan sama ada luaran atau dalaman.
Semua ciptaan tersebut adalah untuk kegunaan tubuh badan manusia. Badan merupakan kenderaan atau tunggangan jiwa. Jiwa yang akan kembali kepada Allah ialah jiwa yang tenang dan sentiasa beribadat serta mengenali Allah. Allah Taala berfirman:
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melain kan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.
Sesiapa yang menggunakan sesuatu bukan untuk mentaati Allah, dia telah mengkufuri nikmat Allah dengan melakukan maksiat tersebut.
Kita bawakan satu contoh yang mengandungi hikmat yang tersembunyi, tetapi tidaklah terlalu tersembunyi agar kita boleh mengambil pengajaran darinya serta mengetahui cara bersyukur dan kufur kepada nikmat-nikmat Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

(Az-Zariyaat: 56)

No comments:
Post a Comment