Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Kelebihan Sifat Takut Dan Berharap: Mana Satu Patut Diutamakan (Bahagian 2)
Halaman Rujukan Kitab : 543
Nota Mudarasah:
Selepas itu disebut empat syarat yang boleh membebaskan seseorang dari kerugian.
Firman Allah Taala:

Kita sedia maklum bahawa sekiranya sesuatu perkara itu berlaku secara spontan (tidak ditakdirkan), sudah tentu sifat tamak dan rakus dalam diri manusia akan mencari jalan untuk membuat berbagai helah. Tetapi oleh kerana semua perkara telah ditetapkan pada azali, maka ia tidak boleh diubah suai (mengikut selera dan sifat tamak manusia) bahkan hanya perlu pasrah (sepenuhnya kepada Allah). Sekiranya Allah Taala tidak berlembut atau bersifat lunak terhadap mereka yang mengenali-Nya dan tidak menenangkan hati mereka dengan anugerah perasaan berharap (ar-raja), nescaya hati mereka akan hangus terbakar dimamah api ketakutan (al-khauf).
Abu Darda' r.a. berkata: Sesiapa yang merasa selamat dari dicabut imannya ketika hendak mati, imannya pasti akan dicabut.
Ketika Sufyan at-Thauri sedang nazak, beliau mula menangis. Seorang lelaki berkata kepadanya: Wahai Abu Abdullah, aku melihat (tangisan kamu ini) mungkin kerana kamu banyak dosa. Lalu Sufyan mengambil sedikit tanah dan berkata: Demi Allah, dosaku lebih ringan pada sisiku daripada tanah ini, tetapi sebenarnya aku takut dicabut imanku sebelum aku mati.
Sahl r.hm. berkata: Al-Murid (iaitu as-salik - orang menerokai jalan menuju kepada Allah) akan merasa takut jika diuji dengan maksiat sedangkan ahli makrifat akan merasa takut jika diuji dengan kekufuran.
Diriwayatkan bahawa seorang Nabi telah mengadu kepada Allah kerana lapar dan tidak mempunyai pakaian. Lalu Allah Taala berfirman kepadanya yang bermaksud: Wahai hambaku! Tidakkah kamu reda aku telah menjaga hati kamu dari kufur sehingga kamu meminta kemewahan dunia dari-Ku? Lalu Nabi itu mengambil tanah dan meletakkan di atas kepalanya sambil berkata: Ya! Aku reda, maka peliharalah diriku dari kekufuran.
Sekiranya inilah keadaan perasaan takut golongan arifin terhadap su-ul khatimah walaupun hati mereka telah teguh, kenapa orang yang lemah imannya tidak pernah merasa takut seperti itu?
Su-ul khatimah mempunyai sebab-sebab yang terdahulu daripada itu seperti bid'ah, nifak, takabur dan sifat-sifat mazmumah (tercela) yang lain. Oleh sebab itu golongan salaf amat takut kepada sifat-sifat nifak. Sebahagian mereka berkata: Sekiranya aku mengetahui bahawa diriku bebas dari sifat nifak, itu adalah lebih aku suka daripada dunia dan segala isinya.
Munafik yang dimaksudkan di sini bukanlah munafik akidah, tetapi munafik pada perbuatan. Sabda Rasulullah s.a.w..

1 Riwayat al-Bukhari (1/83), Muslim (59), at-Tirmizi (2633), an-Nasaei (8/177) daripada Ibnu Mas'ud r.a.ز
Suul Khatimah (kesudahan yang buruk) mempunyai dua peringkat:
i. Yang paling besar iaitu si mati merasa syak atau ingkar terhadap Allah Taala ketika menghadapi sakaratul maut. Semoga Allah melindungi kita dari sifat sebegini. Keadaan ini menyebabkan mereka akan ditimpa azab yang berkekalan.
ii. Si mati marah dengan ketentuan Allah Taala, membantah, berlaku zalim dalam wasiatnya² atau mati dalam keadaan berterusan melakukan sesuatu dosa.
2 Lihat risalahku pada bahagian ketiga: Kematian: Beberapa pengiktibaran dan hukum-hakam. Cetakan al-Maktabah al-Islamiyyah. Amman, Jordan.
Diriwayatkan bahawa syaitan akan menjadi paling agresif menggoda anak Adam ketika sebelum kematiannya. Ia berkata kepada penolongnya: Kamu hendaklah sentiasa melazimi orang ini kerana jika kamu terlepas pada hari ini, kamu tidak akan dapat menggodanya selama-lamanya selepas ini.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa:

3 Riwayat Ahmad (93/427), Abu Daud (1552), (1553) dan an-Nasaie (8/282) dan at-Tobrani dalam al-Kabir (19/170) daripada Abu Yasar Kaab bin Amru dengan sanad yang sahih.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment