Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Penawar Yang Boleh Menghasilkan Sifat Takut (Al Khauf)
Halaman Rujukan Kitab : 541
Nota Mudarasah:
Ia terhasil dengan dua jalan. Salah satunya lebih utama dari yang lain. Contohnya seorang kanak-kanak yang berada di rumahnya yang dimasuki binatang buas atau seekor ular. Dia tidak merasa takut bahkan mungkin dia akan menghulurkan tangannya untuk mengambil dan bermain-main dengannya. Tetapi jika ayahnya ada bersamanya, si ayah pasti akan lari dan dia juga turut melarikan diri. Budak tersebut bukan lari kerana takut, tetapi kerana mengikut tindakan ayahnya. Ketakutan ayah adalah kerana pengetahuannya sedangkan ketakutan si anak bukan kerana pengetahuannya tetapi kerana mengikut si ayah.
Sesudah mengetahui perkara ini, kamu akan dapati bahawa sifat takut kepada Allah berada pada dua maqam:
Maqam pertama: Takut terhadap azab Allah Taala. Ini adalah sifat takut yang umumnya ada pada semua makhluk. Ia terhasil dari keimanan kepada Syurga dan Neraka. Neraka dan Syurga merupakan balasan terhadap ketaatan dan maksiat. Sifat takut ini akan menjadi lemah jika imannya lemah atau kelalaiannya bertambah kuat.
Kelalaian boleh dihilangkan dengan mengingati dan berfikir tentang azab akhirat, ditambah pula dengan memerhati dan berdampingan dengan orang yang takut atau mendengar kisah kisah mereka.
Maqam kedua: Takut kepada Allah Taala. Ia adalah sifat takut golongan ulamak 'arifin. Allah Taala berfirman:

Sifat-sifat Allah Taala Yang Maha Hebat ini sudah semestinya akan menimbulkan perasaan kagum dan gerun dalam hati mereka. Mereka takut menjadi jauh dan terhijab dari Allah s.w.t..
Zu an-Nun berkata: Takut kepada neraka jika dibandingkan dengan takut terpisah dari Allah Taala adalah seperti satu titis air dari lautan yang besar..
Orang awam turut merasa takut, tetapi ketakutan mereka hanya secara taqlid (ikutan), sama seperti takutnya si anak kepada seekor ular hanya kerana mengikut perasaan takut ayahnya. Oleh sebab itu ketakutan sebegini adalah lemah. Kebiasaannya, akidah yang terbina atas dasar taqlid adalah lemah kecuali apabila dia mendidiknya dengan memerhatikan punca-punca yang menghasilkan perasaan itu. Di samping berusaha meneruskan amalan-amalan taat dan meninggalkan maksiat. Apabila manusia telah sampai ke tahap makrifatullah, dengan sendirinya dia akan merasa takut kepada-Nya. Dia tidak lagi memerlukan rawatan yang boleh membawa perasaan takut ke dalam hatinya.
Siapa yang cuai, dia hendaklah mengubati dirinya dengan mendengar hadis-hadis dan kisah-kisah para sahabat, mengkaji keadaan dan ucapan-ucapan orang yang takut kepada Allah serta membandingkan antara akal dan kedudukan mereka dengan kedudukan orang yang berharap tetapi terpedaya. Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa mengikuti mereka itu adalah lebih baik untuknya kerana mereka (orang yang takut itu) sebenarnya terdiri di kalangan para nabi, ulamak dan auliya'.
Aisyah meriwayatkan: Pada satu hari Rasulullah s.a.w. diajak untuk menziarahi jenazah seorang budak dari kalangan kaum Ansar. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah beruntunglah budak itu, dia akan menjadi seperti burung-burung dalam syurga kerana dia belum mengenali kejahatan dan tidak pernah melakukannya. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:
Apakah ada hakikat yang lain selain daripada itu wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah telah mencipta untuk syurga itu ada penghuninya. Dia telah mencipta mereka khusus untuknya sedangkan mereka masih lagi berada di dalam sulbi bapa-bapa mereka. Allah Taala juga telah mencipta untuk neraka itu ada penghuninya. Dia telah mencipta mereka khusus untuknya sedangkan mereka masih lagi berada di dalam sulbi bapa-bapa mereka.¹
1 Riwayat Muslim (2662), an-Nasaei (4/57) dan Abu Daud (4713).
Antara nas-nas yang paling menakjubkan ialah nas yang pada zahirnya berbentuk harapan sedangkan ia sebenarnya menimbulkan kegerunan. Sebagaimana firman Allah Taala:
Ayat ini mengaitkan keampunan Allah Taala dengan empat syarat (disebut selepasnya) yang sukar untuk disempurnakan.
Antara ayat yang mencetuskan kegerunan kepada orang yang beriman ialah:

Selepas itu disebut empat syarat yang boleh membebaskan seseorang dari kerugian.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment