Thursday, 30 December 2021

SIRI 221 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 29: Fakir Dan Zuhud

Tajuk Mudarasah: Kelebihan Fakir

Halaman Rujukan Kitab : 557

Nota Mudarasah:

Firman Allah S.W.T dalam memuji orang fakir:





Hadis-hadis yang memperkatakan tentangnya juga banyak. Antaranya, sabda Nabi s.a.w.


1 Riwayat al-Bukhari (11/361), Muslim (2736). Ahmad (5/205, 209), al Baghawi (4063), an-Nasaie dalam kitab al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf (1/50). at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (421) daripada Usamah bin Zaid r.a..

Hadis lain dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. berdoa:


2 Riwayat al-Bukhari (11/250), Muslim (1055) dan at-Tirmizi (2362).

Begitu juga hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. yang bermaksud:

Semenjak tiba di Madinah, keluarga Muhammad tidak pernah merasa kenyang memakan gandum tiga malam berturut-turut sehinggalah baginda s.a.w. wafat.³
3 Riwayat al-Bukhari (9/478) dan Muslim (2970). Kedua-dua imam ini juga meriwayatkan hadis seumpama itu daripada Abu Hurairah r.a..

Dalam riwayat Muslim daripada hadis Umar r.a. katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. membongkok tunduk seharian kerana baginda tidak mempunyai (makanan) walaupun berupa sebiji daqal (sejenis kurma yang sangat rendah mutunya) untuk mengisi perutnya.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


1 Riwayat at-Tirmizi (2354), Ibnu Majah (4122) dan Ibnu Hibban (2567-Mawarid) dengan sanad hasan.

At-Tirmizi menyatakan hadis ini adalah hadis sahih.

Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada Aisyah r.ha. yang bermaksud: Jauhilah daripada berdampingan dengan orang kaya.²
2 Riwayat at-Tirmizi (1781) daripada hadis Aisyah r.ha., bahawa nabi s.a.w. bersabda kepadanya: Sekiranya kamu ingin bertemu denganku di akhirat nanti, memadailah kamu dengan kehidupan dunia ini seperti bekalan seorang yang hendak belayar, dan janganlah mendampingi orang kaya dan jangan kamu membuat pakaian yang baru sedang kamu mampu menampalnya.Pada sanad hadis ini, terdapat Saleh bin Hassan an-Nadhiri, seorang perawi yang ditinggalkan (matruk). Para ulamak hadis bersepakat mengatakan hadis ini hadis daif.

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Ada seorang hamba yang dibawa mengadap pada hari kiamat lalu Allah memberi penjelasan (mengemukakan alasan kenapa Dia menjadikannya begitu) sepertimana seseorang memberi penjelasan atau alasan kepada seseorang yang lain semasa di dunia dahulu. Allah berfirman: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tidak berikan kesenangan dunia kepadamu bukan kerana kehinaanmu di sisi-Ku tetapi kerana kemuliaan yang aku sediakan untukmu hari ini. Masuklah ke dalam saf-saf ini. Siapa yang memberi makan dan pakaian kepada engkau kerana mencari keredaan-Ku, maka pimpinlah dia. Dia terserah kepadamu (untuk kamu memberi syafaat kepadanya)
3 Hadis tidak sahih. Lihat Syarah Ihya (9/278 & 279).

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment