Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir Dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Fakir Yang Terpuji Atau Terkeji
Halaman Rujukan Kitab : 560
Nota Mudarasah:
Dikatakan kepada Nabi Musa a.s.: Sekiranya kamu melihat kefakiran datang maka katakanlah: Selamat datang wahai tanda tanda orang salih. Sekiranya kamu melihat kekayaan datang. katakanlah: Dosa yang dipercepatkan balasannya.
Abu Darda' berkata: Hisab orang yang mempunyai dua dirham lebih teruk dari orang yang mempunyai satu dirham.
Dalam majlis Sufyan at-Thauri, orang miskin berada di hadapan orang kaya.
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham dengan membawa sepuluh ribu dirham, tetapi beliau enggan menerimanya seraya berkata: Apakah kamu ingin memadamkan namaku dari senarai orang miskin? Aku tidak akan lakukannya.
Nabi s.a.w. bersabda:

1 Riwayat Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhd (553), Ahmad (6/19), at-Tirmizi (2453), al-Hakim (1/24), al-Qudhoie dalam Musnad Syihab (616) dan at Tobrani dalam kitab al-Kabir (18/786). Ia adalah hadis Sahih. Rujuk Silsilah Hadis Sahih (129 & 1506).
Kita telah menyebut berkenaan sifat berpada (qana'ah) serta sifat rakus dan tamakkan harta yang tercela dalam bab celaaan terhadap harta. Ia sudah memadai dan tidak perlu diulang kembali di sini. Semua ini hanya mampu dilaksanakan setelah seseorang itu memiliki kesabaran yang kuat.
Manakala perbandingan antara orang kaya dan miskin, pada zahirnya nas-nas yang ada menunjukkan bahawa orang fakir itu lebih diutamakan. Namun begitu ia perlukan sedikit pendetilan. Kita menyatakan: Terdapat kekeliruan dan perselisihan pendapat berkenaan kelebihan antara orang fakir yang sabar dan tidak bersifat rakus mencari harta dengan orang kaya yang bersyukur dan membelanjakan hartanya ke jalan kebaikan. Begitu juga perbandingan antara orang fakir yang rakus mencari harta dengan orang kaya yang seumpamanya.
Tidak diragui bahawa orang fakir yang berpada lebih baik daripada orang kaya yang rakus kepada harta dan tidak membelanjakan hartanya. Begitu juga orang kaya yang membelanjakan hartanya pada jalan kebaikan adalah lebih baik daripada orang fakir yang rakus. Sekiranya orang kaya itu menggunakan hartanya pada perkara yang harus sahaja, maka orang fakir yang bersifat qana'ah adalah lebih baik daripadanya.
Yang jelasnya di sini ialah sesuatu itu tidak dilihat dan dinilai berdasarkan kepada zatnya tetapi dilihat kepada sifat lain yang ada padanya dan tujuan di sebaliknya. Ketika itu barulah jelas kelebihannya. Oleh itu dunia perlu dihindari bukan kerana zatnya tetapi kerana ia menjadi penghalang untuk sampai kepada Allah Taala. Begitu juga dengan fakir. Ia dituntut bukan kerana zatnya, tetapi kerana ia dapat menghilangkan halangan tersebut dan tidak menyibukkan seseorang daripada sampai kepada Allah Taala.
Terdapat juga orang kaya yang mana kekayaannya tidak menghalangnya dari mengingati Allah Taala seperti Nabi Sulaiman a.s., Othman bin Affan r.a. dan Abdul Rahman bin Auf r.a.. Sebaliknya berapa ramai orang miskin yang kemiskinannya itu telah mengganggu dan memalingnya dari maksud sebenar iaitu ingat dan cintakan Allah Taala. Pengganggunya yang sebenar ialah perasaan cintakan dunia.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment