Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Kisah-Kisah Syukur Yang Menginsafkan
Halaman Rujukan Kitab : 508
Nota Mudarasah:
Sebagaimana diceritakan bahawa beberapa orang miskin mengadu tentang kesusahan mereka kepada seorang yang bijaksana. Lalu orang yang bijaksana ini bertanya kepada mereka: Adakah kamu akan gembira sekiranya kamu buta dan kamu diberikan sepuluh ribu dirham? Dia menjawab: Tidak. Ditanya lagi kepada mereka: Adakah kamu akan gembira jika kamu bisu dan kamu diberikan pula sepuluh ribu dirham lagi? Dia menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah kamu akan gembira jika kedua tangan dan kaki kamu dipotong tetapi kamu diberikan pula dua puluh ribu dirham? Dia menjawab: Tidak. Ditanya lagi kepada mereka: Adakah kamu akan gembira jika kamu menjadi gila tetapi kamu diberikan lagi sepuluh ribu dirham? Dia menjawab: Tidak. Lalu dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu merasa malu mengadu kepada Tuhanmu sedang kamu masih meminjam barang Nya yang bernilai lima puluh ribu dirham?.
Satu riwayat lagi menceritakan bahwa terdapat seorang lelaki yang hidupnya terlalu miskin hinggakan dia merasa sempit untuk hidup. Satu ketika dia bermimpi seolah-olah ada seseorang berkata kepadanya: Apakah engkau suka sekiranya aku lupakan dari engkau surah al-An'am dan engkau akan diberi seribu dinar?. Dia menjawab: Tidak. Lalu ditanya lagi: Surah Hud? Dia menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Surah Yusof? Dia menjawab: Tidak. Lalu dikatakan kepadanya: Kamu mempunyai harta bernilai seratus ribu dinar tetapi kamu masih lagi mengadu!!!. Lalu dia terjaga dan pagi itu dia menjadi seorang yang amat ceria.
Ibnu Sammak telah masuk menemui Khalifah ar-Rasyid untuk memberi nasihat. Apabila selesai dia memberi nasihat, ar-Rasyid menangis dan meminta sebekas air untuk diminum. Lalu Ibnu Sammak bertanya: Wahai Amirul Mukminin! Sekiranya kamu ditegah dari meminum air ini, apakah kamu sanggup menebusnya dengan dunia dan segala isinya? Jawab Amirul Mukminin: Ya. Lalu dia berkata: Minumlah, semoga Allah memberkatimu. Setelah baginda minum, Ibnu Sammak berkata lagi: Wahai Amirul Mukminin, sekiranya kamu dihalang dari mengeluarkan air ini, apakah kamu sanggup menukarnya (dibolehkan kencing) dengan dunia dan segala isinya? Jawab Amirul Mukminin: Ya. Lalu dia berkata: Maka apakah yang kamu mahu lakukan terhadap sesuatu (dunia) yang nilainya lebih rendah dari seteguk air ini.
Ini menerangkan bahawa nikmat Allah ke atas hambanya iaitu seteguk air ketika dahaga adalah lebih besar nilaiannya dari dunia dan segala isinya. Kemampuan untuk mengeluarkan hadas (air kencing) juga adalah antara nikmat yang besar. Ini adalah petunjuk ringkas kepada nikmat-nikmat yang tertentu.
Apabila seseorang hamba meneliti dengan mendalam, dia akan melihat bahawa terlalu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sama ada yang berbeza dari orang lain ataupun turut dimiliki oleh manusia lain.
Antaranya ialah nikmat akal. Setiap hamba reda kepada akalnya yang dicipta oleh Allah Taala. Dia merasakan seolah-olah dialah orang yang paling berakal. Jarang sekali dia meminta sesuatu kepada Allah berkaitan dengan akal. Sekiranya itulah pegangannya, dia wajib bersyukur kepada Allah Taala.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment