Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Mensyukuri Nikmat Allah Dalam Makanan Bahagian 2
Halaman Rujukan Kitab : 502
Nota Mudarasah:
Pandangan adalah salah satu daripada deria yang lima dan mata adalah alat untuk memandang. Mata terdiri daripada sepuluh lapisan. Sebahagiannya merupakan lembapan-lembapan dan sebahagian lagi adalah selaput yang berbeza-beza. Setiap satu dari sepuluh lapisan ini mempunyai sifat, rupa, bentuk, keadaan, fungsi dan susunannya tersendiri. Sekiranya rosak salah satu lapisan itu atau salah satu sifat yang ada pada mana-mana lapisan, akan rosaklah penglihatan tersebut dan para doktor tidak akan mampu merawatnya.
Ini hanya pada satu deria. Cuba bayangkan pula pada deria pendengaran dan juga deria-deria yang lain. Semua nikmat dan hikmat deria ini sebenarnya tidak mampu dicatat dalam buku walaupun berjilid-jilid apatah lagi untuk mencatatkan kesemua nikmat yang ada pada seluruh tubuh badan manusia.
Kemudian lihatlah pula kepada ciptaan sifat kehendak dan upayamu (kudrat) serta alat kelengkapan anggota untuk bergerak bagi menyampaikan kamu kepada nikmat-nikmat tersebut. Sekiranya kamu ada penglihatan yang membolehkan kamu mengenali makanan, tetapi tidak diciptakan kepada kamu keinginan dan selera untuk menikmatinya, fungsi penglihatan tersebut akan terbantut.
Berapa ramai pesakit yang melihat makanan yang dihajatinya tetapi tidak mampu untuk memakannya kerana tidak mempunyai selera, sedangkan makanan tersebut amat bermanfaat kepada mereka. Kerana itulah. Allah menciptakan kepada kamu nafsu untuk makan dan menjadikannya menguasai kamu, lalu ia meronta renta dari dalam dirimu sehingga kamu tergerak untuk makan.
Keinginan dan selera makan ini, kalau tidak dihadkan sekadar keperhan, ia akan melampau dan membinasakan diri kamu sendiri. Lalu Allah ciptakan perasaan benci terhadap makanan ketika kenyang. Ketika itu kamu akan berhenti dari makan. Demikianlah juga keadaannya dengan keinginan seks yang terkandung padanya hikmat menyambung dan mengekalkan zuriat keturunan.
Seterusnya diciptakan bagi kamu anggota yang merupakan alat untuk bergerak bagi mendapatkan makanan dan lainnya. Contohnya, kedua tangan yang terdiri daripada sendi yang banyak untuk bergerak ke pelbagai arah, boleh menghulur dan membengkok tidak seperti sebatang kayu yang lurus dan kaku.
Kemudian Dia menciptakan kepala tangan yang lebar yang dikenali dengan tapak tangan, yang dibahagikannya kepada lima bahagian iaitu jari jemarinya. Kelima-lima ini diciptakan berbeza kadar panjang dan pendeknya. Jari jemari ini diletakkan dalam dua barisan iaitu dengan menjadikan ibu jari ditepi dan diikuti dengan jari-jari yang lain. Jika diciptakan sesak berhimpun di satu tempat. hikmah sebenar penciptaannya tidak akan terhasil. Kemudian diciptakan kuku-kuku di kepala setiap jari untuk menguatkannya bagi memungut sesuatu yang halus yang tidak dapat dibuat oleh jari-jari.
Katakanlah kamu mula mengambil makanan dengan tangan. sudah tentu ia belum mencukupi sehinggalah makanan tersebut masuk ke dalam perut kamu. Oleh itu Allah menciptakan kepada kamu mulut dan dua tulang rahang yang tersusun padanya gigi-gigi. Allah membahagikan pula gigi-gigi tersebut pada bahagian-bahagian yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu; sebahagiannya untuk memotong makanan iaitu gigi kacip, sebahagiannya untuk mengoyak dan memecahkan makanan iaitu gigi taring dan sebahagian yang lain untuk menghancur dan mengisar makanan iaitu gigi geraham. Kemudian Allah jadikan tulang rahang sebelah bawah sahaja yang bergerak ke atas dan ke bawah bagi menghancurkan makanan sedangkan rahang di atas tidak bergerak.
__________________________________________________
.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment