Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Sabar dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Mensyukuri Nikmat Allah Dalam Makanan Bahagian 3
Halaman Rujukan Kitab : 504
Nota Mudarasah:
Lihatlah bagaimana hebatnya ciptaan Allah Taala. Setiap alat pengisar ciptaan manusia menggunakan bahagian atas untuk bergerak mengisar dan bahagian bawah tetap tidak bergerak. Tetapi kisaran hebat ciptaan Allah ini menggerakkan bahagian bawah sahaja dan bahagain atas tidak bergerak. Ini kerana, sekiranya bahagian atas yang bergerak, ia akan membahayakan anggota-anggota badan lain yang lebih mulia (kepala, otak dan segala deria yang lain).
Kemudian lihat pula bagaimana Allah mengurniakan kamu nikmat lidah yang boleh bergerak ke setiap penjuru mulut. Ia berfungsi untuk menolak makanan dari tengah mulut ke bahagian gigi mengikut keperluan seperti sebatang penyeduk menolak makanan ke arah kisaran. Lidah juga memiliki keajaiban yang hebat dalam mengungkapkan kata-kata.
Sekiranya gigi kamu mengerat dan menghancurkan makanan yang kering, kamu tidak akan dapat menelannya kecuali dengan bantuan cecair atau lembapan yang membolehkan makanan its melungsur masuk ke dalam halqum. Lihatlah betapa agungnya ciptaan Allah yang menjadikan kilang memperoses air liur di bawah lidah dan mengeluarkannya sekadar yang diperlukan sehingga ia dapat bercampur dengan makanan lalu ditelan dengan mudah.
Seterusnya, bagaimanakah pula makanan yang telah hancur ini dapat sampai ke perut. Ia tidak mungkin dilakukan dengan tangan. Oleh sebab itu Allah menjadikan saluran makanan dan kerongkong di mana bahagian hujungnya bertingkat-tingkat dan terbuka untuk menerima makanan tersebut. Kemudian ia akan tertutup dan memanpat sehingga makanan tersebut dapat dibalik-balikkan lalu dibawa turun ke dalam perut. Apabila makanan sampai ke perut sama ada roti atau buahan yang sudah hancur, ia masih tidak sesuai untuk menjadi daging, tulang dan darah melainkan setelah ia dimasak secara sempurna.
Kemudian, Allah menjadikan perut seolah-olah periuk yang mampu menampung makanan dengan kadar-kadar tertentu. Setelah makanan itu berada di dalam perut, pintu-pintu perut mula tertutup. Makanan tadi dihangatkan dengan kepanasan yang dihasilkan oleh empat organ iaitu hati dari sebelah kanan, limpa dari sebelah kiri, selaput usus di bahagian hadapan dan daging tulang belakang dari bahagian belakang. Melalui proses ini, makanan itu akan masak dan menjadi seakan-akan cecair yang sesuai untuk dialirkan ke semua saluran darah. Kemudian makanan itu naik ke hati dan berhenti seketika di situ sementara berlaku proses pemanasan yang lain pula sehingga in masak. Kemudian ia tersebar ke seluruh anggota badan yang menyebabkan berlakunya proses tumbesaran di samping pembuangan dalam bentuk najis. Terlalu panjang perbahasannya jika kita mahu memperincikan kesemuanya.
Manusia mempunyai pelbagai organ badan dan saluran darah yang tidak terhitung banyaknya. Saiznya pula berbeza-beza. Ada yang kecil dan ada yang besar di samping berbeza-beza tebal nipisnya. Semuanya mempunyai hikmat yang tersendiri. Semua ini adalah ciptaan Allah Taala. Jika organ yang sepatutnya bergerak itu menjadi kaku ataupun organ yang sepatutnya kaku itu mula bergerak, pasti kamu akan binasa.
Oleh sebab itu renungilah nikmat Allah Taala ke atas kamu, nescaya kamu akan bertambah syukur. Kamu hanya mengetahui nikmat makan sahaja, sedangkan ia adalah sekecil-kecil nikmat. Kamu mengetahuinya apabila terasa lapar lalu kamu makan. Keadaan ini sama seperti haiwan di mana ia juga akan makan apabila lapar, tidur apabila letih dan mengadakan hubungan seks apabila bernafsu. Sekiranya kamu mengenali dirimu hanya seperti keldai mengenali dirinya, bagaimana kamu boleh bersyukur? Apa yang kami nyatakan tadi hanyalah setitis dari lautan nikmat Allah s.w.t.. Oleh itu bandingkanlah ia dengan nikmat-nikmat yang lain.
Jika dibandingkan nikmat yang diketahui oleh kita dan juga makhluk yang lain dengan nikmat yang tidak diketahui, nescaya kadarnya itu adalah lebih sedikit daripada setitis air dari lautan yang luas. Firman Allah Taala:

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment