Saturday, 4 December 2021

SIRI 195 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 27: Sabar dan Syukur

Tajuk Mudarasah: Rawatan Hati Yang Tidak Bersyukur

Halaman Rujukan Kitab : 511

Nota Mudarasah:

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang membaca al-Quran, dia adalah seorang yang kaya.

Riwayat Ibnu Adi dalam kitab al-Kamil (3/1332) dan pada sanadnya terdapat Yazid bin Aban. Beliau seorang rawi yang daif. Begitu juga dengan Syarik an-Nakhaie.

Dalam lafaz yang lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Al-Quran itu adalah kekayaan; tidak ada kefakiran selepas memilikinya dan tiada kekayaan tanpanya.

Riwayat at-Tobrani (738) dan al-Qudhoie dalam Musnad as-Syihab (276) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat Yazid ar-Ruqasyi. Beliau seorang rawi yang daif.

Dalam hadis yang lain, Nabi a.a.w. bersabda:

Riwayat at-Tirmizi (2449), (2450), Ibnu Majah (1141), al-Humaidi (439), al Bukhari dalam kitab al-Adabul Mufrad (300) dan al-Khatib (3/249) daripada Abdullah bin Muhsin. Dan Salamah bin Abdullah adalah rawi yang tidak dikenali. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Hibban (3503), Abu Naim (5/249) dan al-Qudoje dalam kitab Musnad as-Syihab (539) daripada Abu ad-Darda', la juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunia daripada Ibnu Umar ra..Al-Albani dalam Sahih al-Jami' (5918) telah meletakkan hadis ini sebagai hadis hasan.

Sebahagian penyair berkata:

Apabila sudah ada padamu sumber makanan,
Juga sihat tubuh badan dan aman kehidupan,
Kamu pula masih terasa ditemani kedukaan,
(Sudah tentu) dukamu itu tidak berkesudahan.

Seandainya ada yang bertanya, apakah rawatan bagi hati yang lalai dari mensyukuri nikmat-nikmat Allah? Jawabnya: Kepada hati yang terang bercahaya, dia sentiasa menyedari setiap nikmat yang dikurniakan kepadanya. Manakala hati yang bodoh pula, dia hanya menyedarinya setelah ditimpa bala musibah. Orang seperti ini hendaklah sentiasa melihat keadaan orang yang lebih rendah. dari dirinya. Seterusnya dia hendaklah mengikut jejak langkah sebahagian orang terdahulu. Mereka pergi ke rumah-rumah sakit untuk melihat pelbagai penyakit orang lain dan selepas itu mereka perhatikan pula kesihatan dan keselamatan yang diri mereka kecapi. Mereka pergi menyaksikan penjenayah-penjenayah yang dibunuh, yang dipotong tangan dan kaki mereka serta disiksa, lalu bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada semua hukuman tersebut. Mereka pergi ke perkuburan dan menyedari bahawa perkara yang paling diharapkan oleh seorang yang telah mati ialah agar dikembalikan ke dunia untuk dia menebus kembali kesalahan yang dilakukannya dahulu dan bagi mereka yang taat, mereka ingin kembali untuk menambahkan ketaatannya. Sesungguhnya hari kiamat adalah hari manusia saling menyesali.

Apabila disedari hakikat semua ini, hendaklah dia menghabiskan baki usianya dengan mentaati Allah Taala serta bersyukur kerana masih memberi peluang kepadanya untuk terus hidup dengan melakukan amalan-amalan sebagai bekalan hari akhirat yang menjadi tujuan utama di sebalik kejadiannya.

Kepada hati yang lalai dari mensyukuri nikmat Allah Taala pula, hendaklah diubati dengan memahamkannya bahawa segala nikmat yang dikurniakan akan hilang jika ia tidak disyukuri.

Fudhail r.hm. berkata: Kamu hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat. Nikmat yang telah pergi jarang akan kembali lagi.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment