Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Adakah Patut Kita Meminta Bala Daripada Allah
Halaman Rujukan Kitab : 518
Nota Mudarasah:
Jawabnya: Itu merupakan pandangan yang salah. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. telah menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang sedang sakit di mana keadaannya seperti seekor anak burung (yang baru menetas). Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah kamu pernah berdoa atau meminta sesuatu?. Lelaki itu menjawab: Ya. aku telah berdoa: Wahai Tuhanku sekiranya ada hukuman untukku di akhirat nanti, maka segerakanlah ia di dunia ini. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Subhanallah. Kamu tidak mampu dan tidak terdaya menanggungnya. Alangkah baiknya jika kamu berdoa: Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka.
Riwayat Muslim (2688), at-Tirmizi (3483)
Dalam hadis lain, riwayat Anas r.a. katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.:
Wahai Nabi Allah, apakah doa yang paling afdal? Jawab Nabi s.a.w.: Mintalah dari Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Kemudian dia datang lagi keesokannya, lalu dia bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah doa yang paling afdal? Jawab Nabi s.a.w.: Mintalah dari Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Kemudian dia datang lagi pada hari ketiga, lalu bertanya perkara yang sama, dan Nabi s.a.w. menjawab: Mintalah dari Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Sekiranya Dia mengurniakan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, bererti kamu telah berjaya.
Riwayat at-Tirmizi (3507) dan Ibnu Majah (3848). Pada sanadnya terdapat Salmah bin Wardan, seorang perawi yang doif.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

Riwayat al-Bukhari (11/449) dan Muslim (2708) daripada Abu Hurairah r.a..
Mutorrif berkata: Aku lebih suka diberi keselamatan lalu aku bersyukur, dari diberikan suatu ujian dan aku bersabar.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment