Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Mana Yang Lebih Afdal (Lebih Baik): Sabar Atau Syukur?
Halaman Rujukan Kitab : 519
Nota Mudarasah:
Manusia berbeza pendapat adakah sabar lebih afdal ataupun syukur lebih afdal?. Terdapat perbincangan yang panjang dalam masalah ini yang telah disebut oleh pengarang Minhaj al-Qasidin iaitu Ibnu Jauzi r.hm.. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa setiap sabar dan syukur itu mempunyai kelebihan darjat masing-masing.
Serendah-rendah darjat kesabaran ialah tidak mengeluh walaupun hati tidak suka terhadap ujian yang menimpa. Kemudian yang lebih tinggi sedikit daripada sabar ialah rasa reda. Manakala darjat yang paling tinggi iaitu yang lebih atas daripada maqam reda ialah bersyukur dengan musibah yang melanda.
Darjat syukur juga banyak. Perasaan segan kerana terlampau banyak nikmat Allah kepadanya adalah syukur. Menyedari kealpaannya untuk bersyukur juga adalah satu bentuk syukur. Mengetahui keagungan sifat lemah lembut Allah yang telah menutup keaibannya dari diketahui oleh makhluk lain dan mengakui bahawa nikmat adalah kurniaan Allah walaupun manusia masih tidak layak menerimanya, semua itu juga adalah syukur. Termasuk juga dalam erti kata syukur ialah mengetahui bahawa bersyukur itu sendiri adalah nikmat dari Allah serta bersifat rendah diri dan merasa hina terhadap nikmat. Berterimakasih kepada perantara sesuatu nikmat juga adalah syukur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada sesama manusia bermakna dia tidak bersyukur kepada Allah.
Riwayat al-Bukhari dalam kitab Adobul Mufrad (218), Ahmad (2/258, 295, 302, 303, 388, 461, 492), Abu Daud (4790), at-Tirmizi (2020), Ibnu Hibban (2070) daripada Abu Hurairah r.a.. Hadis Sahih.
Antara darjat syukur juga ialah sifat tidak banyak persoalan, beradab terhadap Allah yang memberikan nikmat kepadanya, menerima nikmat dengan baik serta mengharagi dan memandang besar terhadap nikmat yang kecil dan sedikit. Pendek kata, seluruh perbuatan dan kata-kata yang boleh disifatkan sebagai sabar dan syukur adalah terlalu banyak dan tidak terhitung. Ia mempunyai kedudukan yang berbeza beza. Oleh sebab itu, bagaimana kita boleh menetapkan yang mana satu lebih tinggi kedudukannya dari yang lain?.
Namun demikian kita menyatakan bahawa sekiranya sifat sabar itu dibandingkan dengan syukur yang bermaksud membelanjakan harta kepada perkara ketaatan terhadap Allah, maka syukur di sini adalah lebih afdal kerana ia juga mengandungi makna sabar. Ini kerana, dengan membelanjakan harta, ia menunjukkan seseorang itu bergembira dengan nikmat Allah kepadanya dan di waktu yang sama dia bersabar (melawan kehendak hawa nafsunya) kerana membelanjakannya kepada fakir miskin, bukan kepada perkara-perkara keseronokan yang diharuskan.
Dalam keadaan ini bersyukur lebih utama dari sabar. Sekiranya syukur terhadap nikmat harta itu bermaksud tidak membelanjakannya ke jalan maksiat tetapi kepada perkara-perkara keseronokan yang diharuskan, ketika ini sabar adalah lebih utama dari syukur.
Orang miskin yang bersabar lebih baik dari orang kaya yang membelanjakan hartanya kepada jalan-jalan yang diharuskan kerana orang fakir telah bermujahadah melawan nafsunya dan tulus bersabar terhadap ujian Allah. Semua dalil yang menunjukkan tentang kelebihan beberapa aspek sabar berbanding syukur adalah bermaksud sekiranya sifat syukur terhadap nikmat harta dan kekayaan itu berada pada tahap sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan manusia iaitu dengan berkata: Alhamdulillah sahaja. Oleh itu, sifat sabar yang menjadi pegangan umum manusia adalah lebih utama dari aspek syukur sebegini.
Jika kamu perhatikan dengan teliti pengertian yang kami telah sebutkan di atas, kamu dapat mengetahui bahawa kedua-dua pandangan tersebut ada kebenarannya pada sesetengah keadaan. Boleh jadi seorang fakir yang sabar lebih baik dari seorang kaya yang bersyukur sebagaimana yang telah disebutkan. Begitu juga sebaliknya, seorang kaya yang bersyukur lebih baik dari seorang fakir yang sabar apabila orang kaya tersebut melihat dirinya sepertimana orang fakir, di mana dia menyimpan hartanya sekadar keperluan sahaja. Bakinya dibelanjakan dalam perkara perkara kebajikan atau disimpan dengan membulatkan tekad bahawa ia adalah untuk kegunaan orang yang memerlukan. Dia hanya menunggu keperluan yang sesuai untuk dia belanjakan hartanya. Apabila dia membelanjakannya, dia bukannya mencari kemegahan atau supaya dikenang budi. Dengan itu, orang kaya sebegini adalah lebih baik dari orang fakir yang sabar.
Wallahu a'lam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment