Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 28: Berharap (Ar-Raja') Dan Takut (Al-Khauf)
Tajuk Mudarasah: Antara Berharap Dan Takut
Halaman Rujukan Kitab : 522
Nota Mudarasah:
Ketahuilah bahawa sifat berharap dan takut seumpama dua sayap yang menerbangkan para muqarrabin (golongan yang hampir dengan Allah) ke setiap maqam yang terpuji. Ia umpama kenderaan yang mampu mengatasi segala halangan untuk menuju ke akhirat. Oleh sebab itu perlu diterangkan di sini tentang hakikat, kelebihan, sebab dan apa yang berkaitan dengan keduanya.
Kita bahagikan bab ini kepada dua bahagian: Pertama: Ar-raja' (berharap) dan kedua: Al-khauf (takut).
Bahagian Pertama:
Berharap
Sifat berharap merupakan sebahagian daripada maqam para salikin (orang yang menerokai jalan menuju kepada Allah) dan sebahagian daripada hal ehwal hati para tolibin (orang yang mencari keredaan Allah).
Sesuatu sifat dinamakan maqam apabila ia kekal dan tetap. Sekiranya ia datang dan mudah menghilang, dinamakan hal (keadaan). Sebagai contoh: Warna kuning terbahagi kepada kuning yang kekal seperti kuning emas dan kuning yang cepat hilang seperti kuning wajah orang yang sedang ketakutan. Antara keduanya itu pula, ada jenis kuning yang tidak kekal dan tidak pula terlalu cepat menghilang seperti kuning disebabkan penyakit. Demikianlah juga sifat-sifat hati. Ia terbahagi kepada bahagian-bahagian sebagaimana contoh di atas. Sesuatu yang tidak kekal itu dinamakan keadaan kerana ia sentiasa berubah dan tidak tetap di hati.
Segala apa yang kamu alami sama ada yang disukai atau dibenci terbahagi kepada perkara yang wujud pada masa sekarang dan perkara yang wujud pada masa lepas. Jenis yang pertama itu dinamakan wajdan (perasaan cinta dan rindu dalam hati), zauq (rasa nikmat) dan idrak (faham). Manakala yang kedua (wujud pada masa lalu) pula dinamakan zikran (ingat). Sekiranya terlintas sesuatu berkaitan masa hadapan di dalam fikiran dan ia mempengaruhi hatimu, ia dinamakan penantian dan jangkaan. Sekiranya yang dinanti itu perkara yang disukai, ia dikenali dengan raja' (berharap) dan jika sebaliknya, ia dikenali dengan khauf (takut).
Oleh itu, berharap bermaksud perasaan lega dan tenang kerana menunggu kedatangan sesuatu yang disukai. Tetapi apa yang ditunggu itu mestilah melalui jalan atau sebab yang membuahkan hasil. Sekiranya jalan yang dilalui itu tidak diketahui sama ada ada hasil atau tidak, ia dinamakan impian atau angan-angan (tamanni) kerana ia menunggu sesuatu tanpa melalui jalannya.
Berharap dan takut hanya berlaku pada perkara yang masih tidak dapat dipastikan. Justeru, ia tidak berlaku kepada perkara yang telah pasti. Oleh itu, tidak boleh dikatakan: Aku mengharapkan matahari terbit dan aku takut jika ia terbenam. Ini kerana keadaan matahari yang terbit dan tenggelam sememangnya telah ditetapkan berlaku. Tetapi boleh dikatakan: Aku mengharapkan turunnya hujan dan aku takut berlakunya kemarau.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment